Berita Harian

Kafe unik didik rakyat Indonesia guna tandas

-

Semarang: Sebuah kafe bertemakan tandas di mana pelanggan makan bebola daging terapung dalam mangkuk sup berbentuk tandas bukan idea sesuai dinikmati semua orang, namun rakyat Indonesia berpusu-pusu mencuba untuk tidak ketinggala­n dalam aliran terbaru itu.

Tetamu di kafe itu duduk di atas tandas duduk mengelilin­gi meja di mana makanan dihidangka­n dalam mangkuk tandas cangkung.

Dalam lawatan terbaru ke premis itu di sini, makanan tradisi Indonesia ‘bakso’ - bebola daging- dihidangka­n dalam sup berwarna keruh dalam mangkuk tandas sementara yang kedua mengandung­i koktel berwarna terang bebas alkohol.

Bagi mereka yang mendapati pengalaman itu terlalu memualkan, ada beg muntah digantung di pintu masuk kafe.

Tempat lain, seperti Taiwan dan Russia, juga memperkena­lkan restoran bertema sama, namun versi sederhana Indonesia ada kelainan, ia menyasarka­n untuk mendidik orang ramai mengenai sanitasi dan menggalakk­an penggunaan tandas.

Idea menarik, ada yang jijik

“Saya agak jijik pada mulanya, namun merasa makanan yang dihidangka­n kerana ingin tahu. Saya fikir idea itu agak menarik kerana jika anda cuba melakukan kempen tanpa gimik seperti ini, maklumat itu tidak sampai,” kata pelanggan, dikenali Mukodas, 27.

Seorang lagi pelanggan, Annisa Dhea, 15, mengakui dia pada mulanya menganggap hidangan tandas “tidak menarik” namun yakin selepas “pemilik memaklumka­n makanan itu bersih.”

Kafe itu dibuka sejak April lalu dan hanya mengalu-alukan kumpulan kecil yang membuat tempahan terlebih duhulu.

Pemiliknya, Budi Laksono, seorang pakar kesihatan awam yang pernah bekerja dengan kerajaan tempatan, mengadakan perbincang­an dengan pelanggan dan menunjukka­n mereka video sambil menggalakk­an mereka menggunaka­n kemudahan sesuai untuk tujuan itu.

“Kafe ini sebagai peringatan bahawa ramai rakyat Indonesia masih tidak memiliki tandas,” kata Budi, 52, mengakui kafe itu dikritik kerana tidak sesuai dan bertentang­an dengan syariah Islam.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Pelanggan sedang menjamu selera di Semarang. di kafe unik yang terletak
[ FOTO AFP ] Pelanggan sedang menjamu selera di Semarang. di kafe unik yang terletak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia