Berita Harian

Hamilton buru hatrik GP Hungary

-

Budapest: Lewis Hamilton akan ke perlumbaan Grand Prix Hungary Ahad ini untuk melengkapk­an kemenangan hatrik dan kembali mendahului pemburuan gelaran Formula Satu (F1) buat pertama kali musim ini.

Juara dunia tiga kali ini ketinggala­n hanya satu mata di belakang rakan sepasukan Mercedes, Nico Rosberg selepas kemenangan sensasi keempat musim ini dua minggu lalu di laman sendiri di Grand Prix British dekat Silverston­e.

Hamilton, yang sebelum itu turut menang di Austria, meraikan kemenangan di depan penonton Silverston­e dengan gembira dan pasti berharap akan mencipta rentak bagi membolehka­nnya kembali ke puncak.

Sokongan menakjubka­n

“Selepas kemerosota­n di Barcelona saya berjaya mendapat kekuatan mental dan saya benar-benar rasakan kekuatan dalam diri saya ketika ini,” kata Hamilton, yang ketinggala­n 43 mata di belakang Rosberg selepas kedua-dua mereka berlanggar dan terkeluar pada pusingan pertama Grand Prix Sepanyol, Mei lalu.

“Saya rasa segar, rasa bertenaga dan yakin menjelang perlumbaan di Hungary. Ia adalah litar atas sesuatu sebab sentiasa sesuai dengan gaya saya dan saya ada sokongan menakjubka­n di sana.”

Hamilton sudah menang empat kali di litar sepanjang 4.3 kilometer dekat Hungarorin­g, di luar Budapest, termasuk kemenangan pertama buat Mercedes pada 2013.

Satu lagi kemenangan buat pemandu berusia 31 tahun itu pada pertengaha­n kejuaraan akan menjadi lebih banyak berbanding apa dilakukan pemandu lain di Hungary. Hamilton dan juara dunia tujuh kali Michael Schumacher kini memegang rekod berkenaan.

Rosberg, yang disingkirk­an daripada kedudukan kedua ke ketiga di Silverston­e selepas menerima penalti selepas perlumbaan kerana melanggar peraturan radio, pasti berazam untuk menafikan kemenangan itu.

“Pertarunga­n terarah kepada Lewis dan saya rasa bagus dalam diri saya dan hebat bersama jentera,” kata Rosberg, juara empat perlumbaan tahun ini termasuk empat perlumbaan awal.

 ??  ?? Hamilton kembali menggegar dengan memenangi perlumbaan di Silverston­e lalu, sekali gus merapatkan jurang kepada satu mata. dua minggu
Hamilton kembali menggegar dengan memenangi perlumbaan di Silverston­e lalu, sekali gus merapatkan jurang kepada satu mata. dua minggu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia