Berita Harian

‘Tiger Woods Bengal’ sedia lakar sejarah Bangladesh

-

Dhaka (Bangladesh): Siddikur Rahman (gambar) yang ketika zaman kanak-kanaknya menghabisk­an masa mengutip bola golf sesat dari lapangan berhampira­n kawasan setinggan didiaminya berhampira­n Dhaka, tidak pernah tahu tentang Sukan Olimpik apatah lagi mengimpika­n untuk menyertain­ya.

“Di awal karier, saya tidak tahu apa-apa mengenai Olimpik,” kata pemain yang akan membawa bendera Bangladesh pada hari pembukaan temasya berkenaan di Rio de Janiero bulan depan.

“Hanya melalui caddie saya, yang berasal dari Malaysia, saya mendapat tahu betapa berprestij temasya ini. Dia memberitah­u saya yang saya akan mencatat sejarah jika layak, jadi saya mula serius mengenainy­a.”

Dengan kedudukan dalam kelompok 60 teratas ranking Olimpik pada tarikh akhir minggu lalu, pemain 31 tahun itu muncul sebagai warga Bangladesh pertama layak secara automatik ke acara sukan terbesar dunia itu.

Bangladesh adalah negara paling padat penduduk yang belum pernah memenangi pingat Olimpik dan kesemua penyertaan sebelum ini adalah menerusi tiket wild card yang diberikan oleh Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa (IOC) dan badan sukan antarabang­sa lain.

Menyara keluarga

Di negara yang kriket adalah sukan utamanya, ketandusan wakil tempatan menyebabka­n Olimpik kurang mendapat sambutan di Bangladesh. Liputan di televisyen dan surat khabar juga terhad.

Catatan sejarah dilakar Siddikur menjadi lebih bermakna berdasarka­n latar belakangny­a sebagai anak kepada pemandu beca bermotor dan dibesarkan dalam kawasan setinggan di ibu kota Bangladesh.

Ketika berusia 10 tahun, Siddikur bekerja sebagai pengutip bola golf yang tersasar dari lapangan Kelab Golf Kurmitola (KGC) di Dhaka.

Selain membantu menyara keluargany­a, pekerjaan itu memupuk minatnya terhadap golf yang membawanya kepada dua kejuaraan dalam siri Jelajah Asia serta diberi jolokan “Tiger Woods Bengal”.

Kelab berkenaan membenarka­n pengutip bolanya bermain di lapangan berkenaan setiap Isnin dan Siddikur menggunaka­n peluang berkenaan untuk mengasah bakatnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia