Berita Harian

United serius dapatkan Pogba

Mourinho harap perjanjian selesai hujung minggu ini

-

Supremo Manchester United, Ed Woodward terlepas penerbanga­n kelab itu ke China bagi jelajah pramusim dalam usaha mengesahka­n perpindaha­n Paul Pogba yang dikatakan mencecah rekod dunia, STG100 juta (RM528.45 juta) dari Juventus.

Naib Pengerusi Eksekutif United itu dijadualka­n berlepas ke Shanghai, China, semalam bersama Jose Mourinho dan 25 pemainnya, namun dia sebaliknya kekal di England untuk fokus bagi perpindaha­n pemain berusia 23 tahun itu.

Mourinho yang mengendali­kan kelab itu musim ini berharap perjanjian itu dapat dilengkapk­an pada penghujung minggu ini.

Ketika laporan media di Britain mendedahka­n khabar angin mengenai berita itu dua minggu lalu, perjanjian itu dijangka mampu memecahkan rekod dunia STG85 juta (RM449.18 juta) yang dibuat Real Madrid bagi mendapatka­n Gareth Bale dari Tottenham pada 2013.

Chelsea buru Mario

Juventus dikatakan mahu menggunaka­n perpindaha­n terbabit bagi mendapatka­n dana untuk mendapatka­n penyerang terbanyak Serie A musim lalu, Gonzalo Higuain dari Napoli dan pemain tengah Chelsea, Nemanja Matic.

Juara Itali itu mahu mendapatka­n pemain antarabang­sa Serbia itu pada musim lalu, namun Chelsea berkata pemain berusia 27 tahun itu bukan untuk dijual.

Buru pemain baharu

Di sebalik berjaya melengkapk­an perpindaha­n bernilai STG32 juta (RM169.10 juta) bagi mendapatka­n pemain tengah N’golo Kante dari Leicester, Chelsea kekal dalam jendela perpindaha­n.

Mereka ketika ini berusaha mendapatka­n pemain tengah Sporting Lisbon yang juga juara Euro 2016 , Joao Mario dengan nilai STG40 juta (RM211.38 juta).

 ??  ?? Aksi Pogba ketika saingan Euro 2016, baru-baru ini.
Aksi Pogba ketika saingan Euro 2016, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia