Berita Harian

Klopp kerja keras pulih Liverpool

-

London: Jurgen Klopp terpaksa menghabisk­an keseluruha­n musim panas untuk memperbaik­i Liverpool yang ‘rosak.’

Pengurus The Reds itu mengakui dia dan kelabnya masih dihantui kesakitan tewas di pentas final Liga Europa kepada Sevilla - keputusan yang memedihkan hatinya serta pemain - namun bertekad bangkit di pentas Eropah, musim ini.

Klopp tidak dapat berkata-kata selepas kekalahan terbabit, namun pengendali dari Jerman itu akhirnya bersuara dan berkata ia “Sesuatu sudah rosak ketika itu” (ketika Sevilla menyamakan kedudukan pada awal babak kedua).

“Babak kedua, dalam tempoh 18 saat (melepaskan gol) adalah terlalu awal,” kata Klopp.

“Saya banyak berfikir mengenai babak kedua, namun tiada apa yang istimewa boleh saya tampilkan, yang kami tidak berasa begitu yakin mengenai permainan atau sesuatu seperti itu.

Malam yang sukar

“Namun apa yang sudah berlaku, sudah berlaku. Apabila kamu melihatnya sekali lagi, kamu dapat lihat ada yang rosak ketika itu. Pemain tidak lagi mempunyai senjata, mereka tidak lagi mempunyai kuasa dan tiada keyakinan.

Masalah pertahanan

“Kamu dapat melihatnya. Ia malam yang sukar dan beberapa hari yang sukar selepas itu, namun ia sudah berakhir dan seperti kesemua perlawanan yang lalu, jika kamu boleh menggunaka­nnya, kamu perlu gunakan,” kata bekas pengurus Borussia Dortmund itu.

Klopp sudah mengetahui beberapa masalah yang dihadapi Liverpool musim lalu dan paling ketara ialah mendapatka­n dua pertahanan tengah - bagi menguatkan bahagian terbabit - dan menambah kelajuan di bahagian tengah dan serangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia