Berita Harian

Mahrez kekal di King Power

-

London: Claudio Ranieri ‘menghadiah­kan’ Leicester City tenaga tambahan selepas aksi persahabat­an pramusim menentang Oxford, semalam dengan menegaskan bintang tengah, Riyad Mahrez (gambar) akan kekal di King Power.

Mahrez disebut-sebut bakal menyertai gergasi Sepanyol, Barcelona, Arsenal dan Manchester City namun pengendali kelahiran Itali itu berkata pemain terbaik Inggeris itu akan kekal selepas tampil pada babak kedua perlawanan yang dimenangi Leicester 2-1.

Kelab yang diberi jolokan The Foxes berdepan tamparan dengan penjualan N’golo Kante ke Chelsea, namun Ranieri tampak berjaya meredakan kebimbanga­n peminatnya.

“Semua orang di sini gembira dan ya, dia (Mahrez) mahu kekal,” kata bekas pengurus Chelsea itu. “Tidak ada pemain lain yang akan keluar, kami akan kekal bersama.

“Riyad akan kekal bersama kami untuk beberapa tahun.”

Khabar gembira, duka

Demarai Gray dan Jeffrey Schlupp melengkapk­an kebangkita­n Leicester yang terlebih dulu ketinggala­n pada perlawanan itu menerusi jaringan Chris Maguire.

Ranieri dalam perlawanan terbabit turut memberi peluang buat dua pembelian barunya, Ron-robert Zieler Luis Hernandez dan Ahmed Musa selain menurunkan pemain muda berbakat daripada akademi kelab itu, Admiral Muskwe dan Hamza Choudhury.

Begitupun, pada aksi di Stadium Kassam itu, Leicester menerima dua perkhabara­n duka dan gembira apabila pembantu pengurus, Steve Walsh mendedahka­n akan menyertai Everton sebagai pengarah sukan namun kapten pasukan, Wes Morgan menandatan­gani kontrak baharu.

Walsh dianggap antara tunjang kepada pemain dan menjadi tonggak utama pembelian pemain utama seperti N’golo Kante, Mahrez dan Jamie Vardy yang berjaya memenangi Liga Perdana Inggeris musim lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia