Berita Harian

YAKEB sasar gegar Muar

-

Muar: Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) merancang mengadakan program ‘1Malaysia 1Hope - Giving Back To The Nation’ (#1M1H) di bandar ini dengan menyasarka­n lebih 50,000 penduduk menyemarak­kan kempen berkenaan.

Pengerusi YAKEB, Datuk Malek Noor berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincang­an dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim merangkap Ahli Parlimen Muar berhubung program itu dan mendapat maklum balas positif.

“Program #1M1H ini adalah antara usaha kita dalam menghargai semula sokongan orang ramai terhadap bekas-bekas atlet yang berjuang dalam mengharumk­an nama negara sebelum ini. Kita akui tanpa sokongan padu mereka, bekas-bekas atlet ini tidak mampu berjaya dalam sukan masing-masing.

“Jadi, kita harap menerusi program #1M1H ini, bekas-bekas atlet ini dapat menyumbang kepakaran dan bakat mereka kepada masyarakat semula menerusi beberapa aktiviti yang akan dijalankan,” katanya selepas hadir memeriahka­n sambutan Aidilfitri Ahli Parlimen Muar.

Capai objektif

Hadir sama pada majlis itu ialah legenda bola sepak negara, Datuk Santokh Singh, Khalid Ali, James Wong, Hasan Sani dan bekas jaguh lumba basikal, Rosman Alwi dengan kelibat mereka masih dikenali dan dihargai apabila diberi sambutan hangat tetamu yang hadir.

Malek berkata, antara aktiviti utama dalam program #1M1H itu ialah memberi bimbingan asas kepada kanak-kanak dalam beberapa sukan termasuk bola sepak, olahraga, bola jaring, memanah dan badminton dengan bekasbekas atlet dalam bidang sukan berkenaan akan dibawa bersama menjayakan­nya.

“Sebenarnya kita sudah melaksanak­an program #1M1H bersama anak gelandanga­n, Mei lalu. Ia mendapat sambutan menggalakk­an dan mencapai objektif. Menerusi program ini juga, kita harap dapat memupuk perpaduan di kalangan masyarakat dan semangat cintakan negara,” katanya.

 ??  ?? Malek (lima dari kanan) bersama ahli YAKEB bergambar kenangan dengan Razali sempena rumah terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Muar.
Malek (lima dari kanan) bersama ahli YAKEB bergambar kenangan dengan Razali sempena rumah terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Muar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia