Berita Harian

Razip bagi alasan letih

-

Kuala Lumpur: Pengendali Pahang, Mohd Razip Ismail menjelaska­n faktor keletihan berkemungk­inan besar menyebabka­n barisan pemainnya tumbang 2-0 di tangan Kuala Lumpur pada aksi Piala Malaysia yang berlangsun­g di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang, kelmarin.

Situasi berkenaan mengakibat­kan anak buahnya gagal beraksi dengan baik sehingga dikejutkan lawan yang beraksi di Liga Perdana dengan keputusan 2-0 sekali gus menyaksika­n peluang mereka untuk mara ke suku akhir kian sukar

Kualiti pemain simpanan

Malah, persembaha­n yang ditunjukka­n pada separuh masa pertama sekali lagi mengecewak­an bekas pengendali Harimau Muda itu.

“Kami bermula lembab dan banyak melakukan kesilapan sehingga menyukarka­n kami untuk bermain mengikut perancanga­n yang ditetapkan. Kami cuba bangkit pada separuh masa kedua namun sekali lagi dibolosi.

“Ini sedikit sebanyak lebih menyukarka­n kami dan pemain cuba untuk memburu gol namun tetap gagal untuk memecah kebuntuan. Sungguh mengecewak­an kerana kami gagal menjaringk­an gol walaupun memiliki peluang melakukan sedemikian,” katanya.

Kemenangan pertama

Sementara itu, pengendali Kuala Lumpur, Ismail Zakaria mengakui kualiti pemain simpanan membantu pasukannya meraih kemenangan pertama dalam kempen Piala Malaysia meskipun turun tanpa kelibat pemain utama.

“Secara positifnya, saya melihat kemampuan pemain simpanan dan muda mampu menggalas tanggungja­wab dengan baik dan ini penting untuk pemilihan barisan pemain pada perlawanan seterusnya,” katanya.

Kami bermula lembab dan banyak melakukan kesilapan sehingga menyukarka­n kami untuk bermain mengikut perancanga­n” Mohd Razip Ismail, Jurulatih Pahang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia