Berita Harian

Helang Merah bangkit tebus malu

-

Kuala Terengganu: Kedah menepati janji untuk bangkit daripada kekalahan memalukan 5-0 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super apabila menewaskan T-team dalam aksi Kumpulan A Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Kemenangan itu menyaksika­n skuad kendalian Tan Cheng Hoe mengekalka­n kedudukan teratas dalam kumpulan dengan mengutip enam mata maksimum daripada dua perlawanan, manakala T-team menduduki tangga tercorot dengan satu mata.

Skuad Helang Merah yang turunkan bagaikan harimau terluka bermula garang apabila membuka jaringan menerusi Smelts Shane Edward pada minit ketujuh.

Permainan berubah

Tersentak dengan jaringan itu, tuan rumah hampir menyamakan kedudukan hasil rembatan Dilshod Sharofetdi­nov, namun didakap kemas penjaga gol Kedah, Mohd Ifwat Akmal pada minit ke-11.

Shane Edward sekali lagi menjadi duri dalam daging kepada tuan rumah apabila meletakkan Kedah dalam kedudukan selesa dengan menyumbat gol kedua selepas menyudahka­n hantaran lintang Muhammad Farhan Roslan pada minit ke-15.

The Titans hampir merapatkan jurang gol hasil sepakan percuma Makan Konate, namun ditepis keluar Mohf Ifwat pada minit ke-31.

Serangan gagal

Lapan minit berselang, pelawat memiliki peluang keemasan melebarkan jaringan menerusi Liridon Krasniqi, tetapi dinafikan penjaga gawang tuan rumah, Wan Mohd Azraei Wan Teh.

Bersambung babak kedua, permainan tuan rumah berubah selepas kemasukan Muhammad Safawi Rasid yang masuk menggantik­an Marzuki Yusof. Sekalipun pelawat lebih banyak bertahan, namun jentera serangan tuan rumah masih gagal menjaringk­an gol hingga tamat permainan.

 ?? [ FOTO ASWADI ALIAS / BH ] ?? Pemain T-team, Makan Konate (kanan) diasak pemain Kedah, Mohd Rizal Ghazali pada aksi Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.
[ FOTO ASWADI ALIAS / BH ] Pemain T-team, Makan Konate (kanan) diasak pemain Kedah, Mohd Rizal Ghazali pada aksi Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia