Berita Harian

Jaringan Mat Yo bantu Terengganu benam FELDA

- Oleh Amin Ridzuan Ishak

Maran: Bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha muncul wira Terengganu apabila jaringan tunggalnya berjaya membantu pasukan itu menewaskan FELDA United 1-0 pada aksi Piala Malaysia di Stadium Tun Abdul Razak, malam tadi.

Kemenangan itu memberi tiga mata berharga kepada skuad Penyu yang tewas 1-2 pada perlawanan pembukaan Kumpulan D menentang Melaka United, 12 Julai lalu.

Salahkan diri sendiri

Jaringan Norshahrul atau Mat Yo pada minit ke-50 sudah cukup untuk meletakkan Terengganu di kedudukan ketiga Kumpulan D dengan kesemua empat pasukan berkongsi tiga mata.

FELDA United pula harus menyalahka­n diri sendiri kerana gagal memanfaatk­an peluang beraksi di tempat sendiri yang menyaksika­n mereka gagal mencatatka­n kemenangan kedua berturut-turut dalam Piala Malaysia.

Bijak sudahkan peluang

Anak buah Irfan Bakti Abu Salim hampir berada di depan pada minit ke-30 hasil jaringan pemain import, Fancis Forkey Doe namun ia dibatalkan pengadil kerana dia berada dalam kedudukan ofsaid.

Selepas beberapa kali mencuba, Norshahrul Idlan Talaha akhirnya menceriaka­n skuad Penyu apabila bijak menyudahka­n hantaran Issey Nakajima lima minit selepas babak kedua bersambung, sekali gus menjadi jaringan kemenangan kepada pasukan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia