Berita Harian

‘Dedah bukti dulu baru minta undur’

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

Kuala Lumpur: Bekas Pengerusi Jawatankua­sa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kamarudin Abdullah menyifatka­n tindakan meminta individu tertentu dalam badan induk itu mengundur diri tidak sepatutnya dilakukan pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Sebaliknya, Kamarudin menjelaska­n Tunku Ismail seharusnya mengemukak­an bukti berkenaan salah laku individu terbabit terlebih dahulu sebelum meminta mereka mengundur diri.

“Saya fikir Tunku Ismail tidak patut meminta individu tertentu dalam FAM berundur. Dalam bola sepak, beliau hanya pemilik JDT saja.

“Apa yang penting beliau perlu mengemukak­an dulu bukti yang kukuh menyatakan individu terbabit melakukan salah laku,” katanya, semalam.

Selepas mengakui memiliki maklumat berkaitan rasuah FAM Isnin lalu, Tunku Ismail mengeluark­an kenyataan di Facebook JOHOR Southern Tigers, kelmarin bahawa beliau akan berjumpa dengan beberapa pegawai dalam badan induk itu.

Jalan terbaik

Pertemuan itu juga bertujuan untuk menggesa individu tertentu berundur dan memberikan tugasan kepada mereka yang lebih berkaliber, dedikasi dan penuh integriti bagi menerajui FAM dan pengurusan pasukan kebangsaan.

Mengulas mengenai dakwaan Tunku Ismail memiliki maklumat berkaitan rasuah dalam FAM, Kamarudin menjelaska­n Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu mempunyai dua jalan sama ada mendedahka­n atau melaporkan­nya kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kalau setakat dia dedahkan dan bukti itu konkrit, orang yang salah itu hanya boleh berundur dan tiada sebarang tindakan yang akan dikenakan.

“Mungkin jalan terbaik adalah Tunku Ismail membuat laporan dan menyerahka­n maklumat kepada SPRM bagi memastikan tindakan undangunda­ng selanjutny­a dapat dilakukan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia