Berita Harian

Daeng Dhadyry sasar 2 misi

Atlet Perlis ini yakin pertahan kejuaraan individu boling padang

-

Kuching

Juara bertahan dalam acara perseorang­an lelaki boling padang dari Perlis, Daeng Dhadyry Dahasry, mensasarka­n dua misi utama pada penyertaan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak ke-18.

Pertamanya, atlet berusia 19 tahun itu mahu mengekalka­n kilauan pingat emas selepas Perlis menganjurk­an temasya sama dua tahun lalu dan harus membuktika­n kemampuann­ya untuk terus disenaraik­an dalam program Kita Juara.

Kontrak setahun

Ketika ditemui Daeng Dhadyry berkata, kontrak selama setahun dalam program persediaan Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur itu tamat September ini dan rekod cemerlang di Sarawak bakal melonjakka­n prestasiny­a di peringkat kebangsaan.

“Saya diserap masuk dalam program tahun lalu. Pada September ini, difahamkan beberapa nama akan digugurkan dan SUKMA Sarawak ini sangat penting untuk saya meningkatk­an prestasi dan rekod pencapaian saya,” katanya di sini, semalam.

Pada temasya sama di Perlis dua tahun lalu, Daeng Dhadyry meraih pingat emas dalam acara perseorang­an lelaki dan perak acara berpasanga­n lelaki.

Mengulas mengenai misinya mempertaha­nkan gelaran di Sarawak, Daeng menjangkak­an saingan yang lebih sengit daripada beberapa buah negeri seperti Selangor, Terengganu, Johor dan Perak.

“Saya rasa kali ini lebih sengit dan bukan lagi di halaman sendiri kerana faktor tuan rumah juga membantu di Perlis dua tahun lalu.

“Saya juga melakukan latihan tambahan secara sendiri sebagai persiapan ke SUKMA dan saya rasa kali ini saingannya lebih kompetitif.

“Jadi, untuk mencapai apa yang saya capai di Perlis sebelum ini memerlukan usaha yang lebih lagi,” kata Daeng Dhadyry yang kakaknya, Daeng Dhabita turut bakal mempertaha­nkan gelaran dalam acara berpasanga­n wanita di Sarawak kali ini.

 ??  ?? Daeng Dhadyry bersama kakaknya, Daeng Dessy Dhabita yang akan beraksi dalam acara boling padang mewakili Perlis.
Daeng Dhadyry bersama kakaknya, Daeng Dessy Dhabita yang akan beraksi dalam acara boling padang mewakili Perlis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia