Berita Harian

Kedah kejut tuan rumah

- Oleh Harun Yahya

Sibu: Sukan badminton membuka tirainya di Stadium Tertutup Sibu di sini semalam dengan aksi berpasukan lelaki Kumpulan D dan wanita kumpulan B memulakan saingan.

Bagi acara berpasukan lelaki, tuan rumah berputih mata apabila tewas 2-3 kepada Kedah selepas beregu kedua mereka terpaksa memberhent­ikan aksi selepas seorang daripadany­a cedera di kaki.

Cuba bangkit

Kalah di set pertama, pemain Sarawak Alfred Lau Yu Leong dan Kam Sing Siong cuba bangkit untuk menang set kedua. Namun saingan mereka terpaksa menamatkan saingan selepas Yu Leong cedera di kaki kanan sekali gus memberikan kemenangan kepada lawan mereka, 16-21, 11-14.

Terdahulu, Kedah mendapat mata pertama melalui Lee Zii Jia yang menewaskan pemain Sarawak Wilson Lau Nge Ding. Tuan rumah kemudianny­a bangkit meraih dua mata berturut-turut melalui perseorang­an kedua dan ketiga mereka.

Dalam pada itu, bagi acara wanita, menyaksika­n Pulau Pinang menewaskan Johor, 3-2, manakala Selangor menang 4-1 ke atas Negeri Sembilan.

Bagi Kumpulan C pula menyaksika­n Melaka menang 5-0 ke atas Perak manakala Selangor yang berada dalam Kumpulan A menumbangk­an Terengganu , 5-0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia