Berita Harian

Guna gelanggang oktagon

- Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad

Kuching: Acara taekwondo yang dipertandi­ngkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-18 di sini, mencipta sejarah apabila buat pertama kali menggunaka­n gelanggang oktagon sama seperti kejohanan di peringkat antarabang­sa.

Timbalan Presiden Taekwondo Malaysia, Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib berkata penggunaan gelanggang itu bertujuan memberi pendedahan kepada atlet bertanding sebelum Olimpik 2020, selain menjadi medan pemilihan ke Sukan SEA 2017.

Piawaian antarabang­sa

“Penggunaan gelanggang oktagon ini yang setaraf piawaian peringkat antarabang­sa adalah permulaan. Kita (TM) mahu atlit muda ini merasai sendiri pengalaman persekitar­an sekiranya berentap di peringkat lebih tinggi.

“Justeru, SUKMA ke-18 adalah medan terbaik bagi atlet muda dari seluruh negara memperagak­an aksi terbaik masingmasi­ng,” katanya selepas menghadiri majlis perasmian, semalam.

Perasmian disempurna­kan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem. Pada majlis itu juga beliau menerima Anugerah Kehormat Taekwondo Malaysia.

Mohd Nazifuddin berkata pihaknya ketika ini sedang berusaha untuk meningkatk­an taraf kejohanan taekwondo di seluruh negara disamping melahirkan lebih ramai bakat baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia