Berita Harian

Sabah, Pulau Pinang kuasai karate

- Oleh Kandau Sidi

Miri: Sabah dan Pulau Pinang mendominas­i pingat emas acara karate apabila masing-masing memperoleh dua emas pada temasya SUKMA ke-18 di Stadium Tertutup Miri, di sini, semalam.

Kedua-dua pasukan berkenaan berjaya mengenepik­an pesaing lain termasuk tuan rumah Sarawak yang terpaksa berpuas hati dengan satu perak.

Pulau Pinang menyerlahk­an keunggulan seawal pagi lagi apabila menyapu bersih dua emas acara kata berpasukan lelaki dan wanita.

Milik lelaki, wanita

Emas itu diraih menerusi Howart Tan Jia Jie, Ivan Oh Theng Wei dan Ooi San Hong bagi acara kata berpasukan lelaki dan Ariana Lim, Chang Jun Yi dan Khaw Yee Voon (berpasukan wanita).

Sabah pula meraih pingat perak bagi kedua-dua kategori berkenaan manakala pingat gangsa untuk Sarawak dan Kelantan (lelaki) serta Sarawak dan Wilayah Persekutua­n (wanita).

Sementara itu, dua emas bagi pasukan negeri di bawah bayu menerusi acara kategori lelaki individu kumite 60 kg dan individu wanita kumite bawah 55kg masing-masing melalui Mohd Zairam Zainal serta Gwendollyn Gimus.

Sehingga semalam, Pulau Pinang berada di depan dengan memperoleh lima emas dan satu gangsa bagi tujuh kategori

Dalam pada itu, ketua jurulatih Sarawak, Ngui Siou Fong ketika ditemui berkata beliau pada mulanya mensasarka­n satu emas daripada tiga acara kumite yang dipertandi­ngkan semalam, namun ia tidak kesampaian.

 ??  ?? Pasukan Pulau Pinang raih dua emas acara kata berpasukan lelaki dan wanita, semalam.
Pasukan Pulau Pinang raih dua emas acara kata berpasukan lelaki dan wanita, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia