Berita Harian

Ganjaran RM13,000 untuk Jia Wen

-

Kuching: “Simpan dalam bank!

Itu reaksi atlet gimnastik Wilayah Persekutua­n, Tammy Ng Jia Wen merujuk ganjaran RM13,000 menanti selepas membolot tiga daripada lima emas dalam sukan gimnastik berirama yang berakhir di sini, semalam.

Selepas unggul membantu pasukannya muncul juara dalam saingan berpasukan, Ng Jia Wen terus mempamerka­n lenggokan menarik untuk menjuarai dua acara individu menerusi disiplin gelung dan bola.

Catat 14,800 mata

Dalam disiplin gelung, atlet kebangsaan itu meraih perhatian juri untuk meraih 14.800 mata dan 14.900 mata menerusi disiplin bola.

“Saya mahu jadi atlet yang baik dan pasang impian untuk layak ke Sukan Olimpik. Tetapi pada saingan kali ini, sebenarnya saya langsung tidak menduga mampu membawa pulang dua pingat emas.

“Rakan sepasukan adalah pencabar terdekat dan saya harus cuba mengatasi mereka,” katanya ketika ditemui di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), semalam.

Atlet Wilayah Persekutua­n ditawarkan ganjaran RM5,000 bagi setiap emas acara individu.

Kejayaan semalam menyaksika­n kontinjen itu menyapu bersih lima pingat emas yang dipertandi­ngkan selepas menyaksika­n dua lagi atletnya, Rayna Hoh Khai Ling mengunggul­i disiplin tali, manakala Nur Naieme Zainul Ariffin menjuarai disiplin belantan.

 ??  ?? Gimnas Wilayah Persekutua­n memperagak­an pingat emas yang dimenangi pada acara akhir Gimnastik Berirama di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), semalam.
Gimnas Wilayah Persekutua­n memperagak­an pingat emas yang dimenangi pada acara akhir Gimnastik Berirama di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia