Berita Harian

Penantian 12 tahun Johor berakhir

Muhammad Shah bantu raih emas pertama acara berbasikal

-

Penantian 12 tahun Johor untuk meraih emas pertama sukan berbasikal pada Sukan Malaysia (SUKMA) berakhir semalam, apabila Muhammad Shah Firdaus Shahrom memenangi acara 200 meter pecut.

Pada aksi penentuan pingat emas itu, dia terlebih dulu melintasi garisan penamat pada kedua-dua perlumbaan penentuan juara bagi mengenepik­an pelumba Selangor, Mohamad Shariz Efendi Mohd Shahrin.

Gangsa pula diraih oleh Muhammad Fadhil Mohd Zonis dari Selangor selepas mengatasi seorang lagi wakil Johor, Muhammad Khairil Nizam Rasol.

Balas dendam

“Apa yang berbeza adalah saya terpaksa mengerah lebih banyak kudrat kerana terpaksa berdepan tiupan angin selain keadaan jalan yang agak kasar berbanding permukaan dalam veledrom.

“Detik ini yang saya tunggutung­gu selepas Johor terpaksa menunggu 12 tahun untuk meraih emas dalam sukan berbasikal. Di Perlis, saya tidak berada pada tahap terbaik kerana cedera tangan tetapi kali ini saya kembali membalas dendam kekecewaan itu,” katanya yang berakhir buat kali terakhir pada saingan SUKMA kali ini.

“Tetapi ini bukan penamat bagi saya kerana esok (hari ini) akan menyertai satu lagi acara 1 kilometer (km) pecut,” katanya yang juga seorang daripada atlet berbasikal trek kebangsaan yang berlatih di Melbourne, Australia di bawah kendalian John Beasley.

 ??  ?? Muhammad Shah (tengah) bersama pingat emas sambil diapit Shahriz Efendi (kiri) dan Firdaus.
Muhammad Shah (tengah) bersama pingat emas sambil diapit Shahriz Efendi (kiri) dan Firdaus.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia