Berita Harian

Produk PETRONAS Syntium dengan Cooltech masuk UK

PLI, Halfords Group meterai kerjasama runcit

- Oleh Shahrizan Salian

PETRONAS Lubricants Internatio­nal (PLI) melakar pencapaian penting apabila menjalin kerjasama dengan firma Britain, Halfords Group plc, bagi memasarkan minyak pelincir PETRONAS Syntium dengan Cooltech di seluruh Britain bermula awal bulan ini.

Kerjasama runcit dengan Halfords Group, yang juga peruncit alat ganti kereta, barangan hiasan kenderaan, peralatan berkhemah dan melancong yang beroperasi di United Kingdom (UK) serta Ireland, menandakan buat kali pertama jenama minyak pelincir itu dijual secara terus kepada pengguna.

Melalui kerjasama berkenaan, minyak pelincir bagi kereta penumpang yang menjadi jenama utama PLI, mula dipasarkan di 415 cawangan runcit Halfords di seluruh Britain bermula 8 Julai lalu.

Ketua Serantau Eropah PLI, Alessandro Orsini, berkata UK adalah pasaran pertumbuha­n penting bagi PETRONAS dan pihaknya mempunyai rancangan agresif untuk menguasai lima peratus penguasaan pasaran di negara itu, sebelum jualan ditingkatk­an 55 peratus menjelang 2021.

Katanya, Halfords adalah peruncit permotoran yang sangat dihormati dan kerjasama yang dijalin berpotensi memberi nilai melalui produk inovatif yang bertepatan dengan kemajuan dalam teknologi automotif serta penyelesai­an yang direka bentuk untuk menambah baik kehidupan pengguna.

“Itulah yang menjadikan Halfords rakan perniagaan yang sepadan untuk membantu syarikat mencapai sasaran setinggi itu,” katanya.

Lebih 400 premis Halfords

Pengarah Komersial Halfords, Emma Fox, berkata pihaknya gembira bekerjasam­a dengan PETRONAS yang menawarkan produk berkualiti tinggi buat kali pertama.

“Kami tahu pelanggan mahukan prestasi berteknolo­gi tinggi dalam kategori ini dan sangat gembira untuk menawarkan minyak PETRONAS di lebih 400 kedai Halfords,” katanya.

PETRONAS mula ditubuhkan di UK pada 2008 melalui PLI, unit pengeluara­n dan pemasaran pelincir globalnya. Dalam tempoh lapan tahun operasinya di negara itu, PETRONAS berjaya mengembang­kan perniagaan pelincirny­a sebanyak 86 peratus.

Syarikat multinasio­nal minyak dan gas negara itu juga sinonim dengan sukan permotoran menerusi pembabitan selama 20 tahun di dalam Formula Satu (F1) serta menjadi penaja gelaran dan rakan teknikal pasukan juara dunia F1 dua tahun berturut-turut, MERCEDES AMG PETRONAS.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia