Berita Harian

Pemilik rumah kali pertama terus layak pembiayaan: BNM

-

Pemilik rumah kali pertama terus mempunyai akses kepada pembiayaan, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Dalam kenyataan semalam, bank pusat berkata pinjaman perumahan terus berkembang pada paras dua angka, mencatatka­n pertumbuha­n 10.6 peratus pada akhir Mei 2016.

“Kira-kira 75 peratus daripada peminjam (kira-kira 1.5 juta) dengan pinjaman perumahan adalah pembeli rumah kali pertama,” katanya.

BNM mengulas artikel media yang meminta bank pusat mengkaji semula garis panduan pinjaman. Bank pusat itu menyatakan, akses kepada kredit bukan masalah yang dihadapi bakal pembeli untuk memiliki rumah mampu milik.

“Wujud isu lebih asas yang memerlukan resolusi seperti dari segi kemampuan dan kekurangan penawaran rumah yang berharga berpatutan.

Pinjam ikut kemampuan

“Garis panduan pembiayaan oleh BNM akan memastikan individu meminjam mengikut kemampuan mereka untuk membayar balik pinjaman terbabit,” katanya.

BNM berkata, ia meletakkan tanggungja­wab ke atas bank untuk mewujudkan pendapatan peminjam yang akan disediakan untuk memenuhi pembayaran balik hutang, selepas mengambil kira perbelanja­an dan tanggungan luar jangka.

“Ini untuk melindungi dan mengelak individu daripada menghadapi kesukaran dari segi kewangan kerana meminjam berlebihan, yang akhirnya menjejaska­n pemilikan rumah disebabkan rampasan harta,” katanya.

Bank pusat itu berkata, ia tidak menetapkan sebarang had pinjaman, berikutan keputusan pinjaman ditentukan oleh keputusan perniagaan bank, mencermink­an kesanggupa­nnya untuk mengambil risiko dan strategi.

“Sebagai peraturan am, semua pemohon yang memenuhi kriteria kredit dan mampu untuk membayar balik hutang akan mempunyai akses kepada kredit,” katanya.

BNM berkata pihaknya, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit serta Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia terus bekerjasam­a dengan pihak berkuasa negeri untuk menambah baik proses meluluskan permohonan pemohon bagi rumah mampu milik untuk memastikan mereka juga layak untuk pembiayaan bank.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia