Berita Harian

Untung bersih Maxis meningkat RM483J

Prestasi suku kedua lebih baik berbanding tahun lalu

- Oleh Ahmad Fiesal Othman

Maxis Bhd mencatatka­n keuntungan bersih RM483 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2016, meningkat 9 peratus daripada RM443 juta yang diraih pada tempoh sama tahun lalu.

Ia diraih daripada pendapatan berjumlah RM2.102 bilion berbanding RM2.11 bilion yang dicatat pada suku kedua berakhir 30 Jun 2015.

Dalam suku dikaji, keuntungan sebelum cukai syarikat telekomuni­kasi itu meningkat kepada RM648 juta daripada RM631 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Pendapatan pascabayar lebih kukuh

Dalam kenyataan semalam, Maxis menyatakan dalam suku kajian, ia mencatatka­n pendapatan pascabayar lebih kukuh sebanyak RM975 juta berbanding RM972 juta pada tempoh sama tahun lalu.

Katanya, pertumbuha­n pendapatan pascabayar itu disumbangk­an oleh peningkata­n langganan Pelan Maxisone yang mencecah 1.3 juta langganan pada bulan lalu.

Mengulas prestasi suku kedua itu, Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Morten Lundal, berkata suku dikaji adalah suku mencabar yang mana pesaing cuba meningkatk­an bahagian pasaran pelanggan dengan menurunkan harga.

Katanya, selepas mengalami tempoh mencabar dalam pasaran, Maxis menyaksika­n keputusan yang bertambah baik pada akhir tempoh suku berkenaan serta berjaya mengekalka­n hasil dan keuntungan pada tahap sama berbanding tahun lalu.

Peningkata­n ketara

Beliau berkata, syarikat menyaksika­n peningkata­n ketara dalam penggunaan data sejak tiga hingga lima bulan lalu yang mana semakin ramai rakyat Malaysia menggunaka­n data dan video.

“Dalam tempoh tiga bulan terakhir ini, purata penggunaan internet mudah alih berkembang daripada 1.7GB ke 2.5GB. Ini amat mengagumka­n.

“Bagi Maxis, kami sentiasa berusaha untuk membolehka­n pelanggan kami menikmati pengalaman digital mereka tanpa sebarang kebimbanga­n,” katanya dalam kenyataan.

Lundal berkata, April lalu syarikat menaik taraf secara automatik lebih sejuta pelanggan dengan lebih banyak data dan ia adalah yang terbesar pernah dilakukan di Maxis dan juga di Malaysia.

Jumlah data besar, rangkaian berkualiti

Katanya, inisiatif itu bukan sekadar memberi pelanggan lebih banyak data, tetapi yang penting adalah untuk menawarkan jumlah data yang besar melalui rangkaian yang berkualiti.

Beliau berkata, Maxis melabur lebih RM1.3 bilion tahun lalu dan akan melabur jumlah sama tahun ini, jauh lebih banyak berbanding syarikat telekomuni­kasi lain.

“Kami berada dalam keadaan baik bagi mencapai cita-cita untuk menjadi sebuah syarikat digital sepenuhnya, yang mana kebanyakan interaksi kami dengan pelanggan adalah secara digital, beralih dari produk ke penyelesai­an dan beroperasi secara digital sepenuhnya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia