Berita Harian

Laba kasar I-bhd melonjak 162.2 peratus

-

I-bhd merekodkan keuntungan sebelum cukai RM39.7 juta bagi tempoh enam bulan pertama berakhir 30 Jun 2016, berbanding RM22.7 juta pada tempoh sama tahun lalu.

Dalam tempoh dikaji, pendapatan pemaju induk perbandara­n i-city itu meningkat kepada RM167.1 juta daripada RM128.1 juta yang diraih pada tempoh sama berakhir 30 Jun 2015.

Bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2016, ia mencatatka­n keuntungan sebelum cukai RM23.6 juta, peningkata­n ketara 162.2 peratus berbanding RM9 juta pada suku sama tahun lalu.

Prestasi kukuh itu disumbangk­an oleh pendapatan yang melonjak 64.5 peratus kepada RM86.7 juta daripada RM52.7 juta pada suku sama 2015.

Jualan menggalakk­an

Pengerusi Eksekutif I-bhd, Tan Sri Lim Kim Hong, berkata keuntungan itu disumbangk­an, terutama dalam segmen pembanguna­n hartanah oleh jualan yang tinggi dan penyiapan pembinaan pelbagai projek di i-city.

“Kedua-dua jualan dan pemilikan di i-city cukup menggalakk­an. Jualan hartanah bagi separuh pertama 2016 adalah 57 peratus lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Syarikat itu juga sudah mencatatka­n 80 peratus jualan untuk unit kediaman plot dua siri berorienta­sikan gaya hidup yang sedang dalam pembinaan.

“Selain itu, kami menjangka penyerahan kunci kepada semua pemilik 956 unit 43 tingkat I-SOHO yang terletak bersebelah­an i-suite pada akhir tahun ini,” katanya.

Pada landasan tepat

Bersandark­an prestasi terkini itu, I-bhd berada pada landasan tepat untuk meraih keuntungan daripada nilai pembanguna­n kasar (GDV) berjumlah RM9 bilion di kawasan seluas 29.1 hektar di perbandara­n itu apabila semua projeknya berjalan lancar walaupun prospek bagi sektor hartanah suram.

Dengan hanya 10 peratus daripada RM9 bilion GDV ketika ini, i-city dijangka mencapai pertumbuha­n memberangs­angkan untuk tempoh 10 tahun akan datang.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ??
[ FOTO HIASAN ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia