Berita Harian

Aminvest sasar urus aset RM40 bilion tahun depan

-

Aminvest mensasar mengembang­kan aset yang diuruskan (AUM) kepada sekitar RM40 bilion menjelang 31 Mac 2017.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Pelaburan, Pendapatan Tetapnya, Goh Wee Peng, berkata setakat Jun 2016, ia menguruska­n aset bernilai RM36.3 bilion, merangkumi 83 dana unit amanah, dua dana tukaran dagangan dan sembilan dan skim persaraan swasta.

“Daripada RM36.3 AUM itu, RM16.7 bilion adalah dalam bentuk dana pendapatan tetap. Sasaran kami ialah meningkatk­an AUM kepada RM18 bilion dalam tahun kewangan semasa berakhir 31 Mac 2017, sasaran yang kami yakin mampu mencapainy­a” katanya pada majlis pelancaran dana pendapatan tertutup tiga tahun, Amconstant Extra 5 di Kuala Lumpur, semalam.

Perkenalka­n produk inovatif

Yang hadir sama Naib Presiden Kanan Dana Peruncitan dan Persaraann­ya, Alex Tan Cheng Leong.

Wee Peng berkata, bagi mencapai sasaran AUM itu pihaknya akan memperkena­lkan beberapa produk inovatif dalam tahun kewangan semasa mengambil kira sentimen dan senario ekonomi semasa.

Beliau berkata, pihaknya akan memperkena­lkan satu produk baharu dalam setiap suku dengan pelancaran produk berikutnya dijadualka­n seawal bulan depan.

Berhubung Amconstant Extra 5, beliau berkata dana kelima dalam siri dana pendapatan tertutup Amconstant ditawarkan dalam tempoh 45 hari bermula 12 Julai 2016 hingga 24 Ogos 2016 pada harga tawaran RM1.00 seunit.

Pelaburan permulaan dan tambahan minimum, masing-masing sebanyak RM5,000. Dana itu diedarkan di semua 175 cawangan Ambank, tujuh Pusat Signature Keutamaan dan lima cawangan perbankan Amprivate, katanya.

Pulangan lebih baik

Wee Peng berkata, Amconstant Extra 5 sesuai bagi pelabur yang inginkan pulangan lebih baik berbanding kadar deposit tetap konvension­al 12 bulan, khususnya selepas Bank Negara Malaysia mengurangk­an kadar dasar semalaman (OPR) kepada tiga peratus berbanding 3.25 peratus sebelum ini.

Beliau berkata dana pendapatan tetap dianggarka­n membuahkan kadar pulangan jauh lebih baik berbanding simpanan tetap pada kadar antara 3.4 peratus dan 3.6 peratus setahun ketika ini.

Dana itu, katanya dijangka menjana saiz dana RM200 juta.

“Sekarang masa sesuai memperkena­lkan Amconstant Extra 5 mengambil kira persekitar­an pendapatan rendah bagi memenuhi keperluan pelabur yang mencari aliran pendapatan kukuh dan mengambil bahagian dalam pasaran bon tempatan,” katanya.

Bulan lalu, Aminvest memenangi anugerah Syarikat Pengurusan Pelaburan Terbaik Malaysia di World Finance Investment Management Awards 2016 di United Kingdom untuk kali kelima berturut-turut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia