Berita Harian

SMBC sah komitmen di Malaysia

-

Institusi kewangan Jepun, Sumitomo Mitsui Banking Corp (SMBC) mengesahka­n komitmen perniagaan jangka panjangnya di Malaysia.

Pengarah Urusan Kanan dan Ketua Bersama Unit Perbankan Antarabang­sanya, Yasuyuki Kawasaki, berkata kumpulan itu mahu menjadi institusi yang berpusatka­n di Asia dan Malaysia adalah komponen teras kepada matlamat ini.

Perniagaan berkembang dua kali ganda

“Perniagaan kami di sini berkembang dengan ketara sejak penubuhann­ya dan jumlah pekerja pada masa ini meningkat dua kali ganda.

“Kami berharap untuk memperluas­kan lagi operasi dan kedudukan SMBC Malaysia, berdasarka­n ekonomi Malaysia yang kukuh dan tenaga kerja mahir,” kata Kawasaki dalam kenyataan, semalam.

Pada Mei 2015, syarikat itu menyuntik dana tambahan ke dalam anak syarikatny­a di Malaysia, menjadikan SMBC Malaysia, antara bank asing dipermodal­kan yang terbaik di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia