Berita Harian

Unjuran IMF jejas pasaran global

Projek kereta api laju Kuala Lumpur, Singapura sekat kerugian

-

Harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih rendah semalam berikutan aktiviti pengambila­n untung yang berterusan, ketika pemotongan kadar pertumbuha­n global oleh Tabung Mata Wang Antarabang­sa (IMF) memberi tekanan ke atas sentimen pasaran, kata peniaga.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 0.94 mata atau 0.06 peratus lebih rendah kepada 1,669.61. Indeks penanda aras yang dibuka 1.06 lebih rendah pada 1,669.49, berkisar di antara 1,664.01 dan 1,669.80 sepanjang hari.

Peniaga berkata, pasaran serantau bercampur-campur selepas IMF mengumumka­n ia menjangka pertumbuha­n global 3.1 peratus tahun ini dan 3.4 peratus pada 2017.

Semakan semula itu dibuat sebulan selepas United Kingdom mengundi untuk meninggalk­an Kesatuan Eropah, adalah 0.1 mata lebih rendah berbanding unjuran pada April, katanya.

Ketua Penyelidik Mercury Securities, Edmund Tham, memberitah­u BERNAMA, unjuran IMF bukan sahaja menjejaska­n Malaysia, tetapi juga pasaran global.

Di bursa, kerugian disekat oleh minat belian dalam stok pembinaan dan hartanah berikutan pemeteraia­n memorandum persefaham­an projek kereta api laju menghubung­kan Malaysia dan Singapura.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 435 berbanding 366 dengan 370 kaunter tidak berubah, 530 tidak diniaga dan 17 lagi digantung.

Volum meningkat kepada 1.93 bilion unit bernilai RM1.64 bilion berbanding 1.88 bilion unit bernilai RM2.01 bilion pada Selasa.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank jatuh empat sen kepada RM8.12, TNB dan Axiata tidak berubah masing-masing pada RM14.30 dan RM5.75 manakala Public Bank naik dua sen kepada RM19.56.

IHH Healthcare meningkat lima sen kepada RM6.60 dan PETRONAS Chemicals naik 13 sen kepada RM6.63.

Antara saham aktif, Borneo Oil menambah setengah sen kepada 19 sen, Hiap Teck untung dua sen kepada 29 sen, Vivocom susut setengah sen kepada 27.5 sen dan Eka Noodles tidak berubah pada 8.5 sen.

Indeks Emas FBM turun 2.43 mata kepada 11,678.43, Indeks FBMT 100 merosot 6.00 mata kepada 11,373.87 dan Indeks Syariah Emas FBM naik 7.28 mata kepada 12,261.27.

FBM 70 jatuh 5.44 mata kepada 13,233.80 dan FBM Ace meningkat 5.35 mata kepada 5,560.95. Indeks Kewangan menambah 2.10 mata kepada 14,272.57, Indeks Perladanga­n naik 8.42 mata kepada 7,601.07 manakala Indeks Perusahan turun 1.29 mata kepada 3,153.59.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.27 bilion unit bernilai RM1.52 bilion berbanding 1.26 bilion unit bernilai RM1.89 bilion pada Selasa.

Volum Pasaran ACE menokok 391.39 juta saham bernilai RM79.64 juta berbanding 379.92 juta saham bernilai RM78.77 juta.

Waran naik kepada 264.86 juta unit bernilai RM40.21 juta berbanding 227.23 juta unit bernilai RM29.94 juta. Produk pengguna menyumbang 144.31 juta saham diniaga di Pasaran Utama, produk industri (285.47 juta), pembinaan (62.64 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (545.63 juta), teknologi (41.49 juta), infrastruk­tur (9.65 juta), SPAC (17.03 juta), kewangan (27.98 juta), hotel (393,600), hartanah (77.93 juta), perladanga­n (47.31 juta), perlombong­an (24,000), REIT (8.78 juta) dan tertutup/dana (9,000).BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia