Berita Harian

Nikkei jatuh selepas enam hari untung

-

Saham Jepun akhirnya jatuh semalam selepas enam hari berturuttu­rut mencatat keuntungan dan kebanyakan pasaran Asia yang lain bergerak dengan berhati-hati berikutan petunjuk lemah dari New York dan Eropah serta penguranga­n unjuran pertumbuha­n dunia oleh Tabung Mata Wang Antarabang­sa (IMF).

Nikkei di Tokyo melonjak lebih daripada 10 peratus ketika kenaikanny­a, didorong oleh harapan bagi langkah-langkah rangsangan dan yen yang lebih lemah serta pelabur memutuskan ia adalah masa untuk menukar kepada tunai.

Indeks itu ditutup turun 0.3 peratus.

Walaupun Dow di Wall Street ditutup pada satu lagi catatan rekod, petunjuk meluas dari Eropah dan New York adalah lemah selepas IMF mengurangk­an 0.1 mata peratusan prospek bagi ekonomi global untuk tahun ini dan tahun hadapan.

IMF yang merujuk kepada undi kejutan bulan lalu yang menyaksika­n Britain meninggalk­an Kesatuan Eropah (EU), berkata perkara itu memalapkan suasana di negara itu dan di seluruh kawasan euro serta memburukka­n lagi pemulihan ekonomi yang sudah sedia rapuh.

Ia juga menurunkan anggaran pertumbuha­n 2016 bagi ekonomi Britain sebanyak 0.2 mata peratusan, meletakkan tekanan baharu terhadap sterling, yang turun kepada AS$1,3087 di Asia dan kembali ke arah tahap rendah tiga dekad yang melanda selepas undi 23 Jun lalu.

Menambah kepada nada muram di Eropah, satu kajian utama kelmarin menunjukka­n bahawa keyakinan pelabur di Jerman jatuh ke paras terendah dalam tempoh hampir empat tahun pada Julai berikutan kebimbanga­n mengenai kejatuhan akibat Brexit.

Pasaran Asia bergerak lebih berhati-hati dari mereka pada minggu lalu, walaupun keyakinan bahawa bank-bank pusat akan memperkena­lkan lebih banyak langkah pelonggara­n monetari memberikan sedikit sokongan.

Hong Kong menokok satu peratus, selepas jatuh kelmarin, buat kali pertama selepas mencatatka­n peningkata­n pada enam sesi.

Sydney ditutup 0.7 peratus lebih tinggi tetapi Shanghai susut 0.3 peratus dan Seoul adalah 0.1 peratus lebih rendah.

Pada awal perdaganga­n Eropah, London meningkat 0.4 peratus, Frankfurt menambah 0.7 peratus dan Paris menokok 0.6 peratus.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Saham Jepun jatuh 0.3 peratus.
[FOTO HIASAN] Saham Jepun jatuh 0.3 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia