Berita Harian

Sikap jujur Ewusi pikat hati Zaila Keluarga bahagia

Bahagia layari alam rumah tangga jarak jauh, kongsi pengalaman dalam buku Winter di Afrika

-

Melihat figura berambut keriting dan kulit gelap, acap kali orang menganggap dua kanak-kanak yang berjalan bersamanya adalah anak angkat, apatah lagi raut wajah antara mereka tidak tampak persamaan atau seiras.

Itulah situasi biasa dihadapi Zaila Mohamed Ali, 38, apabila orang ramai melihat dua puteri kesayangan­nya kerana wajah anak itu mirip orang Afrika, dengan rambut afro, tidak seperti kebanyakan kanak-kanak biasa.

Bagaimanap­un tanggapan itu berubah apabila anaknya fasih berbahasa Melayu, memperliha­tkan mereka anak kacukan hasil kahwin campur Malaysia-ghana.

Zaila yang mendirikan rumah tangga dengan warganegar­a Ghana, Pius Khalid Ewusi (Ewusi), 32 pada tahun 2010, kini bahagia dikurniaka­n Kira Afyha, 3, dan Paola Ajwa, 5.

Banyak cabaran dilalui Zaila, yang bertugas sebagai editor di sebuah akhbar, apatah lagi banyak perkara buruk dimomokkan perihal orang Afrika, sekali gus memberikan persepsi buruk terhadap lelaki dari benua berkenaan.

Ubah persepsi buruk

“Ibu dan ayah memberikan restu apabila saya berjaya meyakinkan pilihan hati, melihat kedegilan anak bongsu mereka namun merelakan dengan senarai syarat yang panjang.

“Beberapa minggu selepas itu, kami bernikah dan hanya majlis ringkas di Masjid Biru Shah Alam. Itu pun hanya dihadiri abang sulung, kenalan rapat, ibu bapa pula tidak datang, cuma menelefon dari jauh memberikan ucapan tahniah dengan iringan esakan tangisan,” katanya menceritak­an memori pada saat perkahwina­nnya.

Katanya, prosedur perkahwina­n mereka membabitka­n beberapa perkara iaitu Jabatan Imigresen untuk urusan pasport, pengesahan bujang daripada Mahkamah

Tinggi dan memaklumka­n kepada kedutaan Ghana dan kemudianny­a mereka disatukan dalam majlis akad nikah ringkas.

Ketika pertemuan lewat petang di Taman Tasik Shah Alam, jelas kelihatan kegembiraa­n keluarga kecil terutama Ewusi, melayani dua puterinya penuh sabar, di samping mampu memahami bahasa Melayu.

Anggap jodoh

Bagi Zalia, perkahwina­n mereka dianggap sebagai jodoh, keserasian kerana lelaki yang dikenali hanya beberapa bulan itu begitu istimewa bukan kerana sikap romantik atau kesungguha­n dalam cinta, tetapi Ewusi begitu cintakan negaranya, Ghana.

“Saya menyukainy­a kerana dia orang yang banyak pengetahua­n. Paling penting sangat patriotik terhadap negaranya, mengagumi tempat kelahirann­ya, Sunyani, menandakan beliau seorang lelaki yang sedar asal usul,” katanya.

Zaila yang pernah putus tunang dengan lelaki tempatan, mengakui Ewusi istimewa, kerana suaminya itu tidak pandai menzahirka­n cinta, memberikan bunga, kiriman nota romantis atau hadiah.

“Saya menyenangi kerana dia jujur, berterus terang dan bersungguh memperiste­rikan saya walaupun dalam perkenalan singkat,” katanya yang berasal dari Kampung Serkam, Merlimau, Melaka.

Nama kedua-dua puterinya itu juga unik kerana sebahagian nama mereka dinamakan sempena hari mereka dilahirkan iaitu Kira Afyha pada Jumaat manakala Paola Ajwa dilahirkan Isnin, iaitu Ajwo-a.

Anak ketiga daripada tiga beradik ini berkata, anaknya tidak banyak kerenah dan mereka akan berkomunik­asi dalam bahasa Melayu manakala bahasa Inggeris dengan bapanya.

“Saya sangat bersyukur dengan jodoh ini dan berpeluang dua kali ke Ghana, kali pertama pada 2011, ketika anak sulung berusia tiga bulan selama 48 hari dan kali kedua pada 2014, ketika kehangatan Piala Dunia FIFA 2014, di Brazil.

“Kali pertama ke sana, saya terpesona dengan nyaman cuaca musim sejuk, layanan seperti permaisuri kerana masyarakat di sana sangat bangga apabila anaknya berkahwin dengan wanita luar yang berkulit cerah,” katanya.

Tolak tanggapan buruk

Ini membuatkan Zaila berkongsi pengalaman ke Ghana menerusi nukilan buku, Winter di

Afrika. Buku itu bukan sekadar catatan perjalanan, tetapi menonjolka­n cerita di sebalik momokan orang kulit hitam yang sering diberikan tanggapan buruk.

“Masyarakat tempatan kata, jika anak lelaki berkahwin dengan orang asing atau oberoni adalah satu kebanggaan kerana mereka beruntung menerima menantu yang berdarah kacukan.

“Kami sekeluarga dilayan dengan baik, namun penerimaan tidak sama di Malaysia. Persepsi di sini, orang Afrika jahat, mereka buat kerja tak senonoh, jadi saya harap buku ini memberikan tanggapan berbeza,” katanya.

Disebabkan suaminya kini menetap di Ghana kerana urusan perniagaan, beliau menyimpan impian untuk tinggal di Ghana selepas ekonomi keluarga kukuh kerana tempat isteri adalah di sisi keluarga.

 ?? [ FOTO OSMAN ADNAN /BH ] ??
[ FOTO OSMAN ADNAN /BH ]
 ??  ?? Ewusi dan Zaila ketika melangsung­kan majlis pernikahan.
Ewusi dan Zaila ketika melangsung­kan majlis pernikahan.
 ??  ??
 ??  ?? Ewusi bahagia bersama isteri dan dua permata hati.
Ewusi bahagia bersama isteri dan dua permata hati.
 ??  ?? Ewusi dan Zaila bersama anak-anak meluangkan masa bersama di taman permainan.
Ewusi dan Zaila bersama anak-anak meluangkan masa bersama di taman permainan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia