Berita Harian

Petanda jodoh kuat

-

Bagi Ewusi yang mengusahak­an perniagaan kedai perkakasan elektrik dan barangan terpakai di Ghana, berkata beliau terpikat untuk mengahwini wanita Malaysia kerana sopan santun dan keluhuran budaya tempatan.

“Saya ke sini untuk melanjutka­n pengajian dalam bidang Teknologi Maklumat di sebuah kolej di Cheras, berkenalan dengan isteri melalui Myspace.

Kami banyak berbual mengenai isu dunia, jati diri dan mahu hubungan serius.

“Ini mungkin petanda jodoh, keserasian dan selepas kahwin melewati hubungan jarak jauh kerana saya di Ghana menguruska­n perniagaan, cuma mempunyai jarang waktu, iaitu hanya enam bulan sekali untuk kembali ke Malaysia untuk berjumpa isteri dan anak,” katanya.

“Sebelum mengenali isteri, saya banyak berkawan dengan Muslim, justeru saya faham pegangan agama masing-masing, lebih menghormat­i dan lebih terbuka kerana diberikan pendedahan agama Islam dan lain-lain ketika di sekolah.

“Jadi tiada masalah sangat dan saya sendiri jatuh cinta dengan kedamaian masyarakat berbilang bangsa di Malaysia, sekali gus mengubat kerinduan apabila berada dalam tempoh lama di sini.

Pandai memasak

Lelaki ini juga mahir memasak dan menyediaka­n juadah tradisiona­l Ghana yang kini menjadi kegemaran dua anak mereka iaitu, hidangan sup, fufu, campuran ubi kayu dan pisang.

“Itu adalah makanan ruji kami di Ghana dan anak suka. Sebenarnya kehidupan di Sunyani, tidak jauh beza dengan di sini, misalnya ada budaya berziarah ketika hari raya, beri duit raya dan persamaan lain.

“Saya suka nasi lemak yang dimasak isteri atau dibeli,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia