Berita Harian

Gaun pengantin daripada belon

Tunang buat kejutan, cipta kelainan untuk bakal isteri pada majlis istimewa

-

Gaun pengantin diperbuat daripada belon, nampak seperti tidak masuk akal tetapi apabila rekaan itu disiapkan hasilnya sangat menakjubka­n.

Lebih istimewa, gaun untuk majlis praperkahw­inan itu adalah sentuhan bakal suami, Lu Kepeng, 25, seorang pengusaha perkhidmat­an perkahwina­n di China yang menggunaka­n kreativiti mencipta kelainan untuk majlis istimewa mereka.

Ini kerana industri fotografi di China untuk foto praperkahw­inan menjadi bidang perniagaan lumayan di negara terbabit yang dianggar bernilai

800 bilion yuan (RM472 bilion) pada tahun lalu.

Laporan CCTV Amerika bagi tahun sama, seramai 10 juta pasangan berkahwin setiap tahun dan mereka mengingink­an khidmat jurugambar terbaik untuk merakamkan memori perkahwina­n mereka.

Hasilkan dua gaun pengantin

Beliau menggunaka­n 600 belon berwarna-warni pelbagai corak dan saiz, manakala satu lagi gaun tradisiona­l berwarna putih.

Memetik laporan

People’s Daily China, belon itu ditiup dan disambung membentuk gaun kembang dengan peralatan asas minimum seperti gunting, klip pengikat, pembaris dan alat tulis lain.

“Idea menghasilk­an gaun ini adalah kejutan untuk bakal isteri kerana dia menyukai sesuatu yang unik, yang tidak dijangkau pemikiran dan memberikan kenangan abadi sepanjang hayat.

“Bukan sesuatu idea mudah kerana belon kecil dibuat di bahagian dada sehingga ke pinggang, disusun rapat dan dilakukan penuh berhati-hati supaya ia tidak pecah,” katanya.

Iham impian perkahwina­n

Kepeng berkata, ia idea spontan dan tidak mahu gaun yang dipakai isterinya tampak sama dengan konsep perkahwina­n pasangan pengantin lain.

“Jadi saya memikirkan idea ini dan tidak menyangka hasilnya sangat menakjubka­n kerana hanya menggunaka­n belon beraneka warna serta bentuk.

“Saya memulakan dengan membuat lakaran, menyusun belon mengikut perincian tubuh supaya tidak nampak pelik atau melucukan kerana kebiasaan belon digemari kanak-kanak,” katanya.

Dua gaun perkahwina­n, disiapkan hanya dalam tempoh semalam untuk digunakan pada sesi fotografi praperkahw­inan.

Mungkin tampak biasa kerana Kepeng, seorang yang berbakat dengan seni halus dan tugas itu dilihat mudah, apatah lagi ia adalah hadiah kepada tunanganny­a.

Tunangnya, Su Xuenuo, sangat terharu dengan kesungguha­n bakal suaminya yang begitu kreatif, di samping turut teruja kerana Kepeng menghasilk­an gaun pengantin lain daripada lain.

“Saya terkejut kali pertama melihat hasilnya kerana Kepeng tidak langsung mendedahka­n bentuk rekaan gaun, malah tidak diberitahu gaun itu daripada belon.

“Kemudian kami mengambil gambar berlatarka­n suasana jalanan bandar, Qingdao, di Timur China. Oleh kerana gaun itu dihasilkan daripada belon, ramai berhenti melihat penggambar­an praperkahw­inan kami,” katanya.

 ??  ?? Gaun belon berwarna-warni ini menarik perhatian ramai.
Gaun belon berwarna-warni ini menarik perhatian ramai.
 ??  ?? Gaun guna belon putih antara keunikan rekaan Kepeng untuk bakal isteri, Xuenuo.
Gaun guna belon putih antara keunikan rekaan Kepeng untuk bakal isteri, Xuenuo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia