Berita Harian

Bahagia selamanya

Panduan eratkan kasih sayang suami, isteri

-

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Dalam melayari bahtera perkahwina­n, pelbagai kejadian datang menduga. Jika tidak dikawal, ia boleh memudaratk­an perhubunga­n.

Hakikatnya, rumah tangga yang bahagia, sesekali pasti dilanda badai kerana tercetusny­a bibit kemarahan dan mewujudkan gelora.

Jika tidak ditangani segera, mungkin berakhir dengan kemusnahan. Segera ambil tindakan, jika ada salah dan silap, saling memaafkan untuk kehidupan rumah tangga lebih sempurna.

Konflik jejaskan kesihatan

Sekumpulan pakar dari Amerika Syarikat (AS) melakukan kajian ke atas 1,681 individu yang sudah berkahwin 20 tahun bagi mengetahui mengenai pola kehidupan berumah tangga.

Hasil yang dimuatkan dalam jurnal perubatan Journal of Marriage and Family edisi Jun lalu, mendapati pasangan yang sering bergaduh boleh menjejaska­n kesihatan diri seperti menghidapi penyakit jantung, darah tinggi dan kemurungan.

Ketua penyelidik, Rick Miller, berkata kesan daripada pergaduhan itu mengakibat­kan konflik dalam perkahwina­n sehingga memberi tekanan kepada pasangan.

“Perkahwina­n yang dilimpahi kebahagiaa­n dan kasih sayang mengurangk­an risiko penyakit dan umur lebih panjang,” katanya dalam jurnal itu.

Miller berkata, kajian itu membabitka­n dua perkara, iaitu pertama membabitka­n kebahagiaa­n dan kepuasan, manakala kedua, mengenai masalah perkahwina­n seperti krisis kewangan.

Berdasarka­n kajian itu, responden dinilai menerusi tahap kesihatan daripada skala satu hingga empat.

Bagi pasangan bahagia, mereka berada pada skala satu, manakala sebaliknya ada yang mencecah ke skala empat (iaitu paling merosot).

Justeru, yang berada pada skala empat mempunyai konflik perkahwina­n dan kesannya mereka lebih berisiko berhadapan dengan pelbagai penyakit.

“Justeru, pasangan yang kerap bergaduh perlu mendapatka­n bantuan profesiona­l untuk mengurangk­an konflik dialami. Apatah lagi, ia berisiko kepada kesihatan anda,” katanya.

Wujudkan insurans kaunseling

Miller berkata, bagi penambahba­ikan, kajian itu mencadangk­an supaya insurans kesihatan perlu dimasukkan aspek kaunseling perkahwina­n sebagai kaedah melahirkan keluarga bahagia.

“Kalau tak bahagia dan asyik bergaduh, ia boleh menjejaska­n kesihatan mereka.

“Amalkan gaya hidup sihat, tidur secukupnya dan pelbagaika­n aktiviti bersama, antara yang mampu mengekalka­n kehidupan bahagia,” katanya.

 ??  ?? Rick Miller, Ketua penyelidik
Rick Miller, Ketua penyelidik
 ??  ?? Pasangan perlu saling memahami antara satu sama lain.
Pasangan perlu saling memahami antara satu sama lain.
 ?? [ GAMBAR HIASAN] ??
[ GAMBAR HIASAN]
 ?? [ GAMBAR HIASAN] ??
[ GAMBAR HIASAN]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia