Berita Harian

Pesta makanan serendah RM1

-

23 Julai depan, penggemar makanan berpeluang mencuba aneka juadah tradisiona­l dan moden, pada harga serendah RM1. Jualan itu diadakan sempena acara Karnival Makanan ‘Pesta Makanmakan’ Kimball .

Sejajar dengan kempen, ‘Tambah Drama’ Kimball 2016, acara bertujuan mengetenga­hkan hidangan dramatik menggunaka­n produk Kimball bagi memastikan setiap hidangan memberikan kelazatan menjimatka­n.

Cita rasa tempatan

Hidangan disediakan cef profesiona­l menggunaka­n produk Kimball, sekali gus membuktika­n resipi dikemukaka­n jenama itu mudah disediakan, tanpa menjejaska­n rasa asli masakan tempatan ataupun antarabang­sa.

Acara itu menampilka­n hidangan gabungan cita rasa tempatan dan Barat untuk menyerlahk­an rasa terbaik bagi pelbagai resipi masakan menjadi kegemaran masyarakat tempatan.

Antara hidangan disediakan, Nasi ‘Ada’ Briyani, Nasi Syiok Merah, Mi ‘Jawow’, Spageti Bolognese Meletuppp, Burger Ayam Bergegar dan banyak lagi.

Bagi 500 peserta pertama yang hadir akan menerima satu buku kecil kupon secara percuma membolehka­n mereka menikmati lima hidangan enak Kimball mengikut pilihan masingmasi­ng.

 ??  ?? Antara sajian sempena ‘Pesta Makanmakan’ Kimball.
Antara sajian sempena ‘Pesta Makanmakan’ Kimball.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia