Berita Harian

Apabila lampu terpadam

Makhluk seram muncul dalam gelap, ganggu kehidupan

-

Filem seram dan elemen gelap memang sudah cukup sinonim. Dalam gelap, macammacam boleh berlaku. Dalam keadaan gelita tanpa sinaran cahaya juga kita sering membayangk­an ada sesuatu yang menakutkan akan muncul.

Bagaimana keadaannya jika apa yang kita takutkan dan sering bayangkan itu menjelma di depan mata? Itulah yang berlaku kepada sebuah keluarga apabila mereka diburu ‘makhluk’ yang suka pada suasana gelap.

Sophie, yang mengalami kemurungan sejak kecil, mempunyai seorang teman bernama Diana yang dikenali ketika sama-sama mendapatka­n rawatan di pusat psikiatri. Persahabat­an yang terjalin itu menjadi semakin erat sehingga sukar untuk dipisahkan, walaupun dengan kematian.

Roh Diana terus menghantui wanita terbabit dan anaknya, Martin dan Rebecca. Lebih menyeramka­n apabila makhluk itu akan muncul setiap kali lampu terpadam.

Tidak senang duduk

Permulaan filem ini saja sudah membuatkan penonton tidak senang duduk dan bagai mahu memejamkan mata sepanjang masa kerana tidak sanggup menonton babak dipaparkan. Dada nyata berdebar-debar setiap kali babak memaparkan suis lampu dipadamkan kerana setiap kali suasana gelap, ada jasad menakutkan menjelma.

Jika ada yang pernah menyaksika­n filem pendek yang menggunaka­n judul serupa, yang pernah viral di Facebook sebelum ini, babak sama turut menjadi umpan si pengarah untuk mengundang unsur ketakutan kepada khalayak. Tidak hairanlah andai jeritan kedengaran di pawagam hanya kerana babak sedemikian.

Lakonan memberangs­angkan

Selain bersandark­an kepada nama pengarah filem Conjuring, James

Wan, yang kini bertindak sebagai penerbit, naskhah ini banyak dibantu oleh mutu lakonan memberangs­angkan.

Teresa Palmer, yang memegang watak Rebecca, berjaya menghidupk­an watak wanita yang sering dalam ketakutan. Dibantu Gabriel Bateman, pelakon kanak-kanak yang pernah membintang­i filem Anabelle sebelum ini, kedua-duanya mewujudkan gandingan mantap, seterusnya menjadikan Lights Out sebuah filem seram yang tidak klise walaupun menggunaka­n ramuan sangat ringkas.

Sebuah karya seram memerlukan pelbagai elemen untuk menyokong dan menjadikan­nya persembaha­n menarik. Antaranya gerak kerja kamera, kesan bunyi, selain kesan khas bagi merealisas­ikan watak Diana dalam keadaan menyeramka­n. Terbayang-bayang situasi apabila Diana mencakar lantai dan mengetuk pintu setiap kali lampu terpadam.

Menyentuh perasaan

Apa yang menarik dalam filem ini ialah penamatnya. Penulis naskhah ini cukup bijak mencipta pengakhira­n yang mampu menyentuh hati khalayak. Lights Out juga bukan filem seram kosong kerana mereka turut menyalurka­n mesej berguna kepada penonton.

Cuma apa yang dirisaukan, selepas menonton filem ini, besar kemungkina­n tidur anda pada waktu malam tidak lagi seperti dulu apabila lampu terpaksa dinyalakan.

 ??  ?? Antara babak dalam filem Lights Out.
Antara babak dalam filem Lights Out.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia