Berita Harian

Percutian Syahrini undang kecaman

-

Awal minggu ini

Syahrini yang sememangny­a kerap ‘terbang’ ke luar negara berkongsi video ketika bercuti di Brighton, England, yang disertai keterangan mengenai kawasan peranginan terkenal berkenaan.

Menariknya, penyanyi berusia 34 tahun itu terus meraih kecaman apabila membuat perbanding­an antara pantai yang dilawatiny­a dengan keindahan pesisiran Bali, Indonesia.

“Lebih cantik Bali lagi. Sudahlah (perjalanan) jauh. Pokoknya lebih bagus di Indonesia,” katanya menerusi rakaman video berdurasi pendek itu.

Hanya bercakap kosong

Menerusi komen ramai, kebanyakan­nya dengan sinis menyelar Syahrini yang dikatakan tidak melakukan sesuatu seperti dinyatakan menerusi laman sosial peribadiny­a.

Mereka mendakwa penyanyi itu hanya bercakap kosong, kononnya sayangkan Indonesia, tetapi hanya memilih untuk bercuti di luar negara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia