Berita Harian

Syawal Meriahnya

Majlis Hari Raya Jabatan Pengarang BH diceriakan dengan kemunculan selebriti

-

Kemeriahan Syawal terus dirasakan apabila majlis Aidilfitri anjuran Jabatan Pengarang BH yang diadakan pada 19 Julai lalu bukan sekadar meriah dengan kakitangan yang tampil bersama baju raya berwarnawa­rni, malah ia diserikan lagi dengan kehadiran beberapa wajah popular dalam dunia seni tanah air.

Menjadi acara tahunan di jabatan berkenaan bagi mengeratka­n lagi tali persaudara­an sesama kakitangan, majlis bertambah ceria dengan hidangan pelbagai juadah membuka selera seperti nasi himpit, sate, kambing panggang, laksa, nasi ambeng, ketupat palas, rendang, soto, mi rebus serta mi goreng dan bermacamma­cam kuih yang enak, moden mahupun tradisiona­l.

Sejak pagi hingga ke petang, kakitangan bertugas seronok menikmati aneka juadah yang disediakan oleh pelbagai unit di

Jabatan Pengarang.

Persembaha­n acapella Hazami, rakan

Lebih menceriaka­n suasana apabila beberapa artis naungan Cloudworks Entertainm­ent seperti Hazami, Azmarul Azuan, Zaidi Anwari, Sahimi Ibrahim, Zamil

Idris dan Sahri sudi hadir menghiburk­an wartawan, penyunting, artis grafik dan kakitangan lain bersama persembaha­n acapella lagu raya.

Sebaik saja melihat Hazami di depan mata, sudah tentulah ada yang meminta penyanyi bersuara lunak itu menyanyika­n sekali dendangan popularnya,

yang mendapat tepukan gemuruh semua yang hadir.

Majlis juga bertambah meriah dengan kehadiran pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi; artis serba boleh, Nabil Ahmad; pelakon drama, Kathy Fauziah; dan penyanyi era 80-an, Sahara Yaacob.

Bertemu rakan lama

Malah, majlis itu nyata lebih bermakna apabila ia menemukan semula dua rakan lama, Kathy Fauziah dan Sahara. Justeru, pada petang itu kedua-duanya dilihat berpeluk mesra selepas sekian lama tidak berjumpa.

Gembira dapat bertemu mata, pelbagai kisah dan cerita dikongsi penyanyi yang pernah dikenali dengan imej seksi itu bersama ibu kepada pelakon Shaheizy Sam.

Sahara sendiri meluahkan kegembiraa­n kerana kisahnya bukan saja menjadi perhatian ramai, malah rakan baiknya sendiri.

Cerita kesempitan hidup dialami penyanyi berusia 60 tahun itu baru-baru ini menarik perhatian masyarakat selepas kisahnya dipaparkan akhbar ini. Malah, pada acara berkenaan, turut menghulurk­an sumbangan bagi meringanka­n beban penyanyi yang diberi jolokan Tina Turner Malaysia itu.

Sumbangan disampaika­n oleh Pengarang Kumpulan B H, Datuk Mahfar Ali, dengan disaksikan

Pengarang Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir.

 ??  ?? Salju, Sonata Musim BH Dari kiri; Nabil, Sahara, Aznil dan Khaty Fauziah turut memeriahka­n acara. Aznil bergambar bersama sebahagian warga meja Jabatan Pengarang BH.
Salju, Sonata Musim BH Dari kiri; Nabil, Sahara, Aznil dan Khaty Fauziah turut memeriahka­n acara. Aznil bergambar bersama sebahagian warga meja Jabatan Pengarang BH.
 ?? [ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM / BH ] ?? Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali (depan empat dari kiri) bersama artis dan wartawan meja hiburan. Warga kerja Unit Grafik BH ceria meraikan sambutan hari raya, kelmarin.
[ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM / BH ] Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali (depan empat dari kiri) bersama artis dan wartawan meja hiburan. Warga kerja Unit Grafik BH ceria meraikan sambutan hari raya, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia