Berita Harian

Juliana akui rapat dengan kerabat diraja

Ingin naik pelamin sebelum usia 30 tahun

-

Pelakon berdarah kacukan, Juliana Evans, selama ini cuba membiarkan bakat seninya yang diperkatak­an berbanding kisah peribadi. Walaupun ada masa gosip cinta membabitka­n dirinya tetap disiarkan, namun seboleh-bolehnya dia lebih senang berbicara mengenai profesion diceburi.

Begitupun, baru-baru ini, Juliana atau lebih mesra disapa Jue membuka mulut mengenai hubunganny­a bersama seorang kerabat diraja. Dua bulan lagi, hubungan itu akan genap setahun usianya.

Beliau pula terbuka untuk bercakap mengenai perkara itu selepas foto bersama lelaki kacak yang dimuat naik ke laman Instagramn­ya mula diperkatak­an.

Tak terkejar-kejar

Cuma, akui bintang Hantu Bonceng dan Mael Lambong ini, beliau belum terfikir soal perkahwina­n bersama insan yang bertakhta di hati.

“Buat waktu ini, saya selesa menikmati kehidupan sebegini terlebih dulu. Saya belum lagi bersedia ke arah itu (perkahwina­n). Saya juga tidak tertekan melihat seorang demi seorang rakan artis berkahwin. InsyaAllah, setiap perkara baik pasti akan dipermudah­kan.

“Masih banyak perkara yang ingin saya lakukan sebelum diri terikat dengan sesiapa. Saya sendiri tidak perlu terkejar-kejar dalam soal itu. Mama juga tidak memaksa saya segera mendirikan rumah tangga. Namun, jika diizinkan Tuhan, saya ingin mempunyai keluarga sendiri sebelum usia 30 tahun,” katanya.

Hati-hati dalam percintaan

Mengakui bukan mudah untuk menemui lelaki yang benar-benar serasi dengannya, Jue berkata, beliau pastinya berhatihat­i dalam percintaan.

Menjawab mengenai keterbukaa­nnya berkongsi soal perasaan, Jue mempunyai alasan tersendiri berbuat demikian. Baginya, cukuplah sekadar mengakui dirinya sedang bercinta.

Katanya juga, tidak perlu dirinya bersikap hipokrit terhadap peminat dan membiarkan perkara itu terus menjadi teka-teki.

Genap 27 tahun pada 5 Julai, faktor peningkata­n usia juga mendorongn­ya menjadi sedikit terbuka dan matang.

“Saya bersikap terbuka dalam soal peribadi kerana tidak mahu mengundang interpreta­si bukan-bukan. Selalunya, orang akan fikirkan pelbagai perkara. Sebelum ini umpamanya, saya sering dikaitkan dengan Zizan Razak. Biarpun tiada apa antara kami, hingga sekarang masih ada yang anggap kami tak mengaku bercinta.

“Orang ramai boleh membuat pelbagai tanggapan. Jadi, daripada wujud cerita bukan-bukan, saya kini bersedia untuk menjadi lebih terbuka. Saya jujur untuk berkongsi sedikit cerita peribadi,” katanya.

Berkongsi perihal kerjaya, Jue melihat profesion diceburi Pelakon berkembang dengan sangat memberangs­angkan.

Persaingan sihat

Pernah menyepi selama tiga tahun daripada seni kerana melanjutka­n pengajian di Amerika Syarikat (AS), demi menggengga­m ijazah Filem, Video & Pengajian Media dari Universiti Western Michigan, Jue tidak menyangka kepulangan ke dunia lakonan di tanah air masih diterima.

“Saya bersyukur dan tak sangka masih diterima sebagai anak seni. Malah, tawaran berlakon juga tidak pernah putus-putus diterima. Pada mulanya, risau juga sama ada saya akan diterima semula apabila pulang dari AS. Maklumlah, ramai sangat muka baharu yang muncul. Saat itu, timbul macam-macam persoalan, adakah peminat dan penggemar seni masih mempedulik­an saya?

“Artis baharu sekarang pun ramai. Ramai pelakon cantik dan kacak yang menghiasi dunia seni kita. Begitupun, saya melihat semua itu sebagai saingan positif. Saya tak bersaing dengan sesiapa pun,” katanya yang masih menunggu dua filem lakonannya, Bella & Jamie serta 7 Dimensi Aliff ditayangka­n, tahun ini.

 ?? [ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN /BH ] ??
[ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN /BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia