Berita Harian

UITM tempa rekod MBR

-

Shah Alam: Seramai 800 pelajar serta pensyarah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), Universiti Teknologi MARA (UITM) Kampus Puncak Alam, berganding bahu menghasilk­an lakaran di atas kain rentang atau doodle berukuran satu kilometer (km), baru-baru ini.

Lebih bermakna, doodle bertema Campus Life @ AD dan disiapkan dalam tempoh 10 bulan itu mendapat pengiktira­fan Malaysia Book of Records (MBR) sebagai yang terpanjang di negara ini.

Pengarah projek yang juga pensyarah FSSR, Nurul Akma Abdul Wahab, berkata penghasila­n doodle itu menggunaka­n warna Jalur Gemilang, iaitu merah, biru dan kuning, selain ungu selaku warna rasmi UITM serta hitam untuk asas lakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia