Berita Harian

Sediakan pakej diri dari awal

- Oleh Basir Zahrom

Mahasiswa tahun akhir perlu menyediaka­n pakej diri yang lengkap sebelum menamatkan pengajian untukmelan­gkahkealam pekerjaan, kata Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran.

Katanya, usaha bersiap siaga menghadapi cabaran hidup selepas bergraduat itu bagaimanap­un harus dimulakan sejak awal pengajian dan bukan menunggu hingga tahun akhir.

Dalam senario ekonomi kini, beliau berkata, golongan itu juga perlu bijak mengadapta­si keadaan semasa dan tidak terlalu mengharapk­an peluang kerjaya yang menepati jurusan pengajian mereka.

“Mereka perlu memiliki minda terbuka untuk menerima jawatan yang mungkin berlainan daripada bidang dipelajari di universiti. Namun, segala ilmu diraih ketika mengikuti pengajian tetap boleh dijadikan asas melakukan suatu pekerjaan itu.

“Selain kecemerlan­gan akademik, majikan sekarang mahukan graduan yang turut ada pelbagai kemahiran, terutama nilai tambah seperti bijak berkomunik­asi, menguasai banyak bahasa dan cekap memanfaatk­an teknologi seperti komputer,” katanya ketika dihubungi.

Perlu ada kesedaran

Sementara itu mahasiswa Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Andrew Lim Chee Meng pula optimis dengan kebolehpas­aran penuntut universiti awam (UA) selepas menjalani pelbagai program mempersiap­kan diri sebelum tamat pengajian.

Begitupun, beliau berkata, keberkesan­an suatu program kemahiran insaniah disuntik UA turut bergantung kepada penerimaan dan inisiatif individu terbabit untuk memanfaatk­annya.

“Sebagai contoh di UNIMAP, ada program 7 Pillars yang menyentuh banyak aspek penting, termasuk sahsiah, pembanguna­n kendiri dan komunikasi, selain pendidikan.

“Karnival kerjaya tajaan Talent Corporatio­n Malaysia (Talentcorp) juga diadakan pada Mei lalu tetapi semua usaha itu tetap memerlukan kesedaran pelajar sendiri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia