Berita Harian

YPM alu-alukan sumbangan dana bantu pelajar

-

Kuala Lumpur: Syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) patut tampil menyumbang­kan dana kepada Yayasan

Pelajaran MARA (YPM).

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Abdul Karim Mustafa, berkata pembabitan agensi berkenaan penting bagi membolehka­n pihaknya membantu menaja lebih ramai pelajar daripada golongan kurang berkemampu­an melanjutka­n pengajian.

“Kita mengharapk­an penderma daripada syarikat korporat untuk menabung secara terus kepada kita (YPM) berdasarka­n tadbir urus yang baik dan program pendidikan berkualiti yang kita tampilkan.

“Persediaan ini penting sebagai dalam menghadapi ketidakten­tuan ekonomi. Kita tidak boleh jangka bagaimana keadaan ekonomi sama ada turun atau naik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Ketua Pegawai Eksekutif YPM bersama-sama Anak Angkat Ypm-maybank Islamic Berhad di Menara MARA, di sini.

Yang turut hadir ialah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YPM (Modal Insan), Amran Ariffin dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif

YPM (Pentadbira­n dan Kewangan), Shukri Shukor.

Pada majlis berkenaan, Abdul Karim turut menyerahka­n surat tawaran tajaan kepada lima anak angkat Ypm-maybank Islamic yang melanjutka­n pengajian di universiti awam.

Katanya, tajaan itu merangkumi yuran pengajian, elaun sara diri serta kos penginapan berjumlah RM181,223.20 untuk lima pelajar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia