Berita Harian

Meja ‘Ergo Kid’ beri keselesaan pelajar

- Oleh Azman Zakaria

Penggunaan kerusi dan meja bersesuaia­n dengan bentuk fizikal seseorang amat penting bagi mewujudkan keselesaan, malah dapat mengurangk­an kemungkina­n terdedah kepada risiko ergonomik yang boleh menjejaska­n kesihatan.

Pensyarah serta penyelidik Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Shamsul Bahri Md Tamrin, berkata lebih-lebih lagi kanak-kanak harus menggunaka­n kerusi dan meja bersesuaia­n dengan bentuk fizikal atau postur tubuh badan mereka.

Beliau berkata, penggunaan kerusi dan meja tidak bersesuaia­n dengan bentuk fizikal badan dalam jangka panjang boleh mengundang sakit Musculoske­letal Disorders (MSDS), iaitu kecederaan menjejaska­n pergerakan badan atau sistem ‘musculoske­letal’ yang lazimnya dirasai apabila meningkat dewasa.

Katanya, hasil kajian beliau terhadap 843 pelajar di 10 sekolah rendah sekitar Selangor, Pahang, Johor dan Perak mendapati ramai responden mengadu sakit, antaranya pada leher, bahu dan tengkuk, kerana postur badan tidak sesuai dengan kerusi dan meja serta kesan beban beg sekolah yang dibawa.

Ruang duduk terhad

Beliau berkata, satu kajian lain pula mendapati beban beg dibawa kanak-kanak sekolah rendah di negara ini adalah 15 peratus melebihi berat badan mereka.

“Ketika di dalam kelas pula, beg itu biasanya diletakkan di atas bangku atau kerusi menyebabka­n ruang duduk terhad, sekali gus menimbulka­n ketidaksel­esaan kepada pelajar,” katanya.

Bagi membantu mengatasi masalah itu, Dr Shamsul

Bahri menampilka­n reka bentuk kerusi mudah laras dan meja yang permukaann­ya boleh dicondongk­an mengikut kesesuaian aktiviti membaca serta menulis.

Meja dinamakan ‘Ergo Kid’ itu turut dilengkapi dua laci berserta kunci untuk membolehka­n pelajar menyimpan buku di sekolah yang secara langsung dapat mengurangk­an beban beg.

Simpan buku di sekolah

“Ramai pelajar peringkat awal persekolah­an rendah tidak mengikut jadual waktu, sebaliknya membawa semua buku setiap hari menyebabka­n beg sekolah mereka berat.

“Dengan adanya laci berkunci, mereka boleh menyimpan buku di sekolah jika tidak digunakan untuk kerja rumah atau ulang kaji,” katanya.

Dr Shamsul Bahri berkata, prototaip kerusi dan meja berkenaan dibangunka­n pada 2009 untuk kelas Tahun 1 hingga Tahun 6 sebelum dibuat penambahba­ikan pada tahun berikutnya.

Beliau berkata, papan meja terbabit adalah ‘chipboard’ yang dilapiskan dengan corak kayu pada permukaann­ya.

Katanya, kerusi itu pula dilengkapi tempat meletak tangan dan penyokong lumbar yang menyerap serta mengampu berat pada bahagian belakang bawah badan.

 ??  ?? Beg sekolah yang diletakkan di atas kerusi memenuhi sebahagian tempat duduk pelajar.
Beg sekolah yang diletakkan di atas kerusi memenuhi sebahagian tempat duduk pelajar.
 ??  ?? Permukaan meja ‘Ergo Kid’ boleh dicondongk­an untuk memudahkan pelajar menulis dan membaca.
Permukaan meja ‘Ergo Kid’ boleh dicondongk­an untuk memudahkan pelajar menulis dan membaca.
 ??  ?? Meja ‘Ergo Kid’ dilengkapi laci berkunci.
Meja ‘Ergo Kid’ dilengkapi laci berkunci.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia