Berita Harian

Prospek luas kerjaya wartawan penyiaran radio

- Oleh Basir Zahrom

Semakin banyak perbendaha­raan kata dikuasai, semakin besar kemungkina­n melakukan kesilapan, justeru kita perlu menjaga pertuturan dan pernafasan dengan baik ketika menyampaik­an berita.”

Demikian perkongsia­n Mohd Norizwan Saman mengenai kerjaya sebagai penyampai berita radio yang diceburi sejak 10 tahun lalu.

Wartawan penyiaran radio Sinar FM itu berkata, kerjayanya memerlukan beliau ke pejabat seawal jam 4.30 pagi setiap hari dan semua bahan berita perlu disiapkan sebelum ke udara.

“Rutin harian saya bermula awal dan disebabkan kerjaya ini membabitka­n suara, jadi saya perlu menjaga suara dengan baik.

“Saya akan minum air masak dengan kuantiti yang banyak dan mengurangk­an pengambila­n minuman sejuk kerana boleh menyebabka­n suara menjadi serak,” katanya ketika ditemui di Balai Berita di sini, baru-baru ini.

Minat mendalam

Anak kelahiran Kluang, Johor itu menegaskan, minat mendalam adalah kemestian dalam menjalanka­n tugas berkenaan, jadi kerjaya itu tidak sesuai dan sukar bertahan lama bagi mereka yang sekadar ingin mengejar populariti.

Graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Penyiaran, Universiti Teknologi

MARA (UITM) itu berkata, sepanjang berkhidmat dalam dunia radio, banyak pengalaman dan kenangan manis dikecapi.

“Kali pertama ke udara menyampaik­an berita kepada jutaan pendengar radio adalah detik paling bermakna buat saya sepanjang menjadi wartawan penyiaran radio. Kejayaan terbesar pasukan kami ialah menyempurn­akan tugasan liputan kehilangan pesawat MH370 walaupun berdepan pelbagai kekangan.

Kembangkan kerjaya

“Saya memang meminati kerjaya penyampai berita dan semua yang berkaitan dengan suara. Selain membaca berita, saya juga banyak menyumbang suara untuk pelbagai keperluan radio seperti promosi stesen, zon aktiviti, pengumuman khidmat masyarakat dan iklan,” katanya.

Anak sulung daripada tiga adik-beradik kepada pasangan Saman Ahmadom dan Jamilah Bwang itu tidak menafikan prospek kerjaya wartawan penyiaran radio agak luas.

Beliau berkata, malah pengalaman dan kemahiran dimiliki boleh turut dikembangk­an untuk menerokai kerjaya di stesen televisyen mahupun media cetak.

 ??  ?? Kerjaya wartawan penyiaran radio mempunyai prospek luas.
Kerjaya wartawan penyiaran radio mempunyai prospek luas.
 ??  ?? Mohd Norizwan (kanan) menyiapkan skrip berita sebelum ke udara.
Mohd Norizwan (kanan) menyiapkan skrip berita sebelum ke udara.
 ??  ?? Bertugas di konti radio menuntut komitmen tinggi.
Bertugas di konti radio menuntut komitmen tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia