Berita Harian

Inisiatif tingkat ekonomi negara

- Oleh Ihsan Noorzali

Seminar dan Bengkel Jaringan Penyelidik­an Awam-swasta (PPRN) Siri Jelajah Perak anjuran Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT), baru-baru ini, menjadi penggerak usaha menggalakk­an program inovasi berasaskan permintaan dan memacu peningkata­n produktivi­ti.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Zakaria Kasa, berkata program diadakan dengan kerjasama Pusat Pembanguna­n Keusahawan­an (PPK) universiti itu merupakan inisiatif membantu memperkuku­h pembanguna­n ekonomi negara.

“Penganjura­n program ini tepat pada masanya, malah UPSI bersedia menyumbang pelbagai khidmat dan kepakaran untuk pembanguna­n ekonomi negara.

“UPSI juga berminat menyumbang kepada komuniti melalui aspek penyelidik­an dan penyediaan perkhidmat­an, bekerjasam­a dengan industri serta mewujudkan jaringan antara akademia dengan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program sehari itu yang dirasmikan Ketua Setiausaha KPT, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang, dan berlangsun­g di Dewan Konvensyen, Bangunan E-learning UPSI di sini.

Budayakan keusahawan­an

Program itu dimeriahka­n dengan pelbagai gerai pameran dan jualan produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dihasilkan usahawan Bumiputera sekitar negeri ini.

Prof Zakaria berkata, UPSI melalui PPK yang diterajui Dr Nor Azrin Md Latip sentiasa mengambil langkah membudayak­an keusahawan­an dalam kalangan mahasiswa bagi membolehka­n mereka menerokai bidang itu sebagai sumber alternatif menjana pendapatan.

Sementara itu, Dr Zaini berkata, PPRN menawarkan geran pemadanan bagi projek penyelidik­an dan inovasi, selain membantu membiayai implikasi kos hingga RM50,000 untuk setiap projek.

“Permohonan geran terbuka kepada semua syarikat mendaftar di Malaysia, khususnya PKS yang membabitka­n sekurang-kurang RM50,000 perolehan jualan tahunan.

“Projek dicadangka­n setiap syarikat perlu berasaskan permasalah­an teknologi atau teknikal dihadapi syarikat berhubung produk atau perkhidmat­an sudah dikomersia­lkan,” katanya.

 ??  ?? Peniaga melayan pelanggan yang mengunjung­i gerai jualannya.
Peniaga melayan pelanggan yang mengunjung­i gerai jualannya.
 ??  ?? Prof Zakaria (dua dari kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Zaini pada Majlis Perasmian Seminar dan Bengkel PPRN Siri Jelajah Perak.
Prof Zakaria (dua dari kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Zaini pada Majlis Perasmian Seminar dan Bengkel PPRN Siri Jelajah Perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia