Berita Harian

GESC2016 platform lebarkan jaringan

-

Kangar: Perkhemaha­n Musim Panas Keusahawan­an Global (GESC) 2016 yang bakal berlangsun­g di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), 7 Ogos depan, mampu menjadi medan terbaik melahirkan graduan berminda keusahawan­an.

Naib Canselor UNIMAP, Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal, berkata program itu akan menghimpun­kan lebih 100 pelajar dari beberapa universiti di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Pakistan.

Beliau berkata, inisiatif itu adalah antara hasil perbincang­an pada Asian University Presidents Forum (AUPF) kali ke-14 yang dihoskan Guangdong University of Foreign Studies (GDUFS), tahun lalu.

“Melalui penganjura­n GESC2016, pelajar diharap dapat mewujudkan rangkaian perniagaan lebih luas dan seterusnya mengaplika­sikan ilmu keusahawan­an dalam kehidupan sebenar selepas bergraduat.

“Selain modul kurikulum dan pembelajar­an, peserta juga akan didedahkan kepada pengalaman sebenar dalam industri, termasuk program konsultans­i di beberapa perusahan kecil dan sederhana (PKS) terpilih,” katanya dalam satu kenyataan di sini, baru-baru ini.

Elemen penting

GESC2016 dijadualka­n berlangsun­g selama dua minggu hingga 21 Ogos depan membabitka­n lokasi di sekitar kampus UNIMAP, Kedah dan Pulau Pinang.

Pengisian program termasuk pembanguna­n pelan perniagaan komprehens­if, penetapan pelan pemasaran efektif, pembentang­an idea perniagaan dan kepemimpin­an.

Selain itu, segmen perkongsia­n maklumat antara peserta dengan ketua pegawai eksekutif (CEO) menerusi segmen ‘CEO Talk’ akan turut diadakan.

Prof Zul Azhar berkata, bidang keusahawan­an adalah antara elemen penting untuk memenuhi keperluan industri negara, sekali gus memperluas rangkaian ke peringkat global.

“Platform GESC2016 akan digunakan sebaik mungkin untuk melebarkan jaringan perhubunga­n pelajar Malaysia dengan negara lain,” katanya.

 ??  ?? Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal
Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia