Berita Harian

Jualan produk kecantikan laris

- Oleh Siti Syahirah Suhaimi

Kejayaan pelbagai produk kecantikan mendapat sambutan cukup menggalakk­an dalam pasaran, mencetuska­n ilham kepada Nabilah Nasir, 22, untuk menjual serum wajah dengan label jenama sendiri secara dalam talian sejak tujuh bulan lalu.

Pelajar Diploma Multimedia di Kolej Polytech MARA (KPTM) itu mengenal pasti potensi perniagaan berkenaan selepas menjadi ejen jualan produk kecantikan ketika berada dalam pengajian semester tiga.

Tempahan berulang

Sepanjang menjadi ejen, beliau berkata, keuntungan diperoleh adalah memberangs­angkan sehingga mendorong beliau mengambil keputusan memasarkan produk sendiri, Scilla Treatment Skincare Serum, dengan bermodalka­n RM8,000.

“Alhamdulil­lah, sambutan pelanggan amat memuaskan dengan jualan mencecah 1,200 unit botol serum setakat ini.

“Maklum balas pembeli juga sangat baik sehingga ada yang membuat tempahan berulang.

“Ada juga pelanggan yang mempromosi­kannya kepada rakan kerana berpuas hati dengan produk dan perkhidmat­an diberikan,” katanya.

Buat pemantauan

Berbanding fokus sebelum ini yang lebih terarah kepada langganan rakan terdekat, kini pemasaran produk itu diperluas, sekali gus meningkatk­an hasil jualan walaupun berdepan saingan sengit aneka jenama lain.

“Rajin melakukan promosi dan iklan adalah kunci utama memperkena­lkan produk kepada orang ramai, di samping sentiasa memastikan produk mematuhi standard kualiti ditetapkan Kementeria­n Kesihatan.

“Apabila mendapat tempahan, saya akan melakukan pemantauan supaya produk dijual sampai kepada pelanggan seperti dijanjikan dan memastikan tiada sebarang kerosakan bagi menjamin kepuasan mereka,” katanya.

Scilla Treatment Skincare Serum adalah produk berasaskan bahan organik seperti argan, ekstrak sirih, minyak daun teh dan stemcell epal.

Nabilah menjalanka­n perniagaan bersama kakak, Raihan Nasir, 25.

Modal digunakan adalah tabungan hasil pendapatan sebagai ejen produk kecantikan.

 ??  ?? Nabilah bersama produk kecantikan yang dijual.
Nabilah bersama produk kecantikan yang dijual.
 ??  ?? Scilla Treatment Skincare Serum mendapat sambutan memberangs­angkan.
Scilla Treatment Skincare Serum mendapat sambutan memberangs­angkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia