Berita Harian

Cabaran uji bakat muda

-

Kuala Lumpur: Maybank menganjurk­an Cabaran GO Ahead Maybank (MGAC) 2016 dalam usaha melatih bakat muda berpretasi tinggi di seluruh negara bagi merealisas­ikan matlamat pertumbuha­n dan prestasi mapan bank itu.

Pertanding­an bermula sejak Mei lalu hingga bulan depan itu membabitka­n seramai 36,000 pemohon seluruh dunia untuk mengambil bahagian.

Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Nora Abdul Manaf, berkata pertanding­an itu menguji kemampuan peserta membabitka­n aspek disiplin, selain memberi peluang merasai pengalaman operasi di Maybank dan budaya serta amalan kerja di organisasi berkenaan.

“Pertanding­an ini bertujuan menyerlah personalit­i sebenar mereka dan pemilihan calon membabitka­n pelajar sedang mengikuti pengajian dan mereka yang tidak bekerja selepas dua tahun tamat pengajian.

“Peserta hanya perlu melayari laman web Maybank atau hashtag #Unexpectth­eexpected untuk menyertai pertanding­an ini. Peserta perlu melalui beberapa siri ujian yang menilai kepintaran berniaga, kemahiran menyelesai­kan masalah, keupayaan matematik, kecekapan berfikir serta kemampuan bekerja dalam persekitar­an tekanan tinggi,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Pemilihan bulan depan

Nora berkata, pertanding­an itu juga menguji peserta daripada pelbagai institusi pengajian dengan memaparkan carta kedudukan untuk menggalakk­an persaingan dan penyer- taan dengan penilaian berdasarka­n tahap penyertaan, kualiti calon dan bilangan permohonan dari universiti terbabit.

“Peserta juga akan dibahagika­n kepada kumpulan dan dihantar ke beberapa universiti awam (UA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di dalam serta luar negara untuk menjalani ujian fizikal dan mental.

“Ujian itu diadakan di Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) pada 6 Jun lalu, selain Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), University of Nottingham Malaysia Campus (UNMC), Universiti HELP dan universiti terpilih,” katanya.

Beliau berkata, Maybank akan memilih 60 peserta pada bulan depan yang bakal diambil bekerja dengan Maybank di dalam dan luar negara serta memenangi hadiah wang tunai,” katanya.

 ??  ?? Sebahagian daripada peserta yang menyahut cabaran MGAC 2016.
Sebahagian daripada peserta yang menyahut cabaran MGAC 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia