Berita Harian

Lima hari jelajah kampung

-

Johor Bahru: Kelab Sekretaria­t Anak Johor (SOHOR), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), mengadakan Program Jelajah Johor

Fasa VI selama lima hari membabitka­n dua perkampung­an.

Program berlangsun­g di Kampung Parit Tengah, Batu Pahat, dan Kampung Murni Jaya, Kulai itu dijayakan 56 peserta yang bukan sahaja terdiri daripada anak jati Johor tetapi juga mereka berasal dari negeri lain seperti Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Melaka.

Inisiatif kendalian Muhammad Syafnan Kamal selaku Pengarah program itu menyaksika­n setiap peserta melakar kenangan bersama-sama keluarga angkat yang juga penduduk kampung berkenaan.

Respons amat baik

Selain itu, pelbagai aktiviti merangkumi kluster sosial, pendidikan dan kerohanian dijalankan seperti melawat perusahaan kecil dan sederhana (PKS), majlis khatam al-quran, memasak bubur lambuk, latihan dalam kumpulan bersama-sama pelajar sekolah, serta program

‘We Care We Love’.

Peserta secara keseluruha­n bukan sahaja memberikan respons amat baik, bahkan gembira menimba banyak ilmu pengetahua­n dan pengalaman baharu melalui program itu.

 ??  ?? Lawatan ke ladang nanas memberikan pengalaman menarik.
Lawatan ke ladang nanas memberikan pengalaman menarik.
 ??  ?? Program dimeriahka­n lagi dengan majlis khatam al-quran.
Program dimeriahka­n lagi dengan majlis khatam al-quran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia