Berita Harian

Rumah sewa terbakar ketika bercuti

- Oleh Ifwan Tun Tuah

Pelbagai dokumen penting dan barangan peribadi 10 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini yang sepatutnya memulakan kehidupan semester baharu di rumah sewa pada September depan, musnah apabila kediaman itu terbakar baru-baru ini.

Kebakaran pada jam

4.30 petang di Taman Desa Anggerik itu berlaku ketika masing-masing pulang bercuti di kampung.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Utama, Khairun Izyani Abdul Hamid, 20, mengaku terkejut menerima berita itu ketika berada di Pulau Pinang dan mendapati kebanyakan baranganny­a seperti pakaian, buku serta dokumen di rumah berkenaan musnah.

“Sebelum ini kami menginap di kolej, namun perlu menyewa di luar untuk semester ketiga September depan. Oleh itu, kami seramai 10 orang menyewa rumah berkenaan dan meninggalk­an semua barang peribadi di situ sebelum mula bercuti hujung bulan lalu,” katanya.

Teruja hidup berdikari

Pelajar terbabit ditemui pada majlis penyerahan bantuan oleh USIM, Biro Institusi Pengajian Tinggi Pemuda UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Myprihatin, di Surau Taman Desa Anggerik.

Yang turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, dan EXCO Pemuda UMNO, Datuk Dr?fathul Bari Mat Jaya.

Sementara itu rakan sekuliahny­a, Nurul Nadhirah Mior Abd Rahman, 20, berkata walaupun urusan pengajian dan kehidupan lebih mudah serta terurus ketika menginap di kolej, mereka tetap teruja menimba pengalaman hidup berdikari di rumah sewa.

Reda terima ujian

“Namun, kami sedih kebakaran berlaku dan tidak pasti keadaan selepas ini kerana bayaran deposit sudah diserahkan kepada ejen. Kami berharap wang itu dapat dikembalik­an kerana kejadian bukan atas kesilapan kami” katanya yang berasal dari Perak.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Kelantan, Marina Meri,

20, pula tidak menafikan berasa tertekan kerana banyak dokumen penting, termasuk sijil aktiviti yang dikumpul sejak zaman persekolah­an, musnah dalam kebakaran itu.

“Saya bimbang masalah timbul jika perlu mengemukak­an sijil dan dokumen terbabit pada masa depan. Apapun, saya tetap reda menerima ujian ini dan yakin ada hikmah di sebaliknya,” katanya.

 ?? [FOTO WAN NUR AMIRAH WAN MOHAMED REDZA/BH] ?? Pelajar USIM menerima bantuan ekoran kejadian rumah sewa mereka terbakar.
[FOTO WAN NUR AMIRAH WAN MOHAMED REDZA/BH] Pelajar USIM menerima bantuan ekoran kejadian rumah sewa mereka terbakar.
 ??  ?? Marina Meri
Marina Meri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia