Berita Harian

Yi Ren harumkan nama negara cabaran neurosains

-

Kota Samarahan: Benjamin Wong Yi Ren,

17, mengharumk­an nama negara apabila muncul 10 peserta terbaik pada Kejohanan Sedunia Brain Bee 2016 di Denmark, baru-baru ini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist, Sibu itu meraih pencapaian berkenaan selepas berjaya menempuhi lima peringkat cabaran membabitka­n bidang neurosains.

Peserta sulung

Kejohanan antarabang­sa itu menyaksika­n saingan 26 peserta dari seluruh dunia, termasuk Jerman, Amerika Syarikat,

Itali, Iran, Romania, Kanada, Australia,

New Zealand, Poland, Singapura dan England.

Yi Ren mewakili Malaysia selepas mengunggul­i Malaysian Brain Bee Challenge 2016, Mei lalu, dan merupakan peserta sulung dari Sarawak mengambil bahagian dalam pertanding­an itu.

Pada peringkat negeri, projek itu dilaksanak­an bawah University Community Transforma­tion Centre (UCTC), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menerusi kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dengan diketuai oleh Prof Madya Dr Norsiah Fauzan.

Program itu adalah antara inisiatif UNIMAS untuk memupuk minat pelajar Sarawak dan seterusnya melahirkan generasi berpengeta­huan dan kompetitif dalam bidang neurosains.

 ??  ?? Yi Ren (kiri) diumumkan 10 peserta terbaik pada Kejohanan Sedunia Brain Bee 2016 di Denmark.
Yi Ren (kiri) diumumkan 10 peserta terbaik pada Kejohanan Sedunia Brain Bee 2016 di Denmark.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia