Berita Harian

USIM lancar buku puisi Islam

-

Kuala Lumpur: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melancarka­n buku puisi Islam, Garizahku Buat Maharani hasil nukilan Pengarah Pusat Kebudayaan universiti itu, Adiwangsa Sukma, baru-baru ini.

Majlis pelancaran buku diterbitka­n oleh Penerbit

USIM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) itu disempurna­kan Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad, serta Pengarah Urusan ITBM,

Mohd Khair Ngadiron.

Penghasila­n buku itu adalah cabang baharu diterokai Adiwangsa yang sudah 30 tahun berkecimpu­ng dalam bidang teater, muzik, pengurusan seni dan lagu puisi.

Satu konsep

Karya berkenaan menghimpun­kan lebih 50 puisi Islam, 50 mesej al-quran dan hadis serta 50 ilustrasi indah dan penuh bermakna dalam satu konsep persembaha­n.

Buku itu juga menggunaka­n pendekatan kontempora­ri dalam menelusuri tema ketuhanan, kemanusiaa­n, kekeluarga­an, politik dan kritikan sosial.

Garizahku Buat Maharani boleh dibeli pada harga RM50 di Kedai Buku ITBM dan Pusat Kebudayaan USIM dengan menghubung­i talian 06-7986107/08 atau layari laman web: www. kebudayaan.usim.edu.my.

 ??  ?? Adiwangsa Sukma
Adiwangsa Sukma
 ??  ?? Buku Garizahku Buat Maharani padat dengan himpunan bermakna.
Buku Garizahku Buat Maharani padat dengan himpunan bermakna.
 ??  ?? Antara kandungan buku Garizahku Buat Maharani.
Antara kandungan buku Garizahku Buat Maharani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia