Berita Harian

Mampu galas watak antagonis

-

Kuala Lumpur: Pendedahan diperoleh ketika mengikuti Kem Semarak Teater Peringkat Johor dek pelawaan seorang guru di sekolahnya dan berjaya mewakili Kota Tinggi pada usia 16 tahun, menjadi titik permulaan Siti Naziha Azman, 20, bergiat serius serta menonjolka­n bakat dalam cabang seni itu.

Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris Dengan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA),

Kuala Terengganu itu sering menggalas watak antagonis dan kurang siuman berikutan keupayaann­ya melontarka­n ekspresi bersesuaia­n.

“Saya cukup berpuas hati apabila mampu melakonkan watak antagonis dengan berkesan sehingga mewujudkan kebencian dalam kalangan penonton.

“Bagi saya, teater adalah antara saluran penyampaia­n mesej terbaik untuk memberi pengetahua­n dan elemen mendidik kepada masyarakat,” katanya yang juga ahli

Kelab Teater universiti.

Hasil pengalaman ditimba, beliau turut berkeboleh­an menulis skrip teater dengan lebih memfokus kepada gejala keruntuhan akhlak generasi muda kini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia