Berita Harian

Usah bergantung kepada bantuan

-

Masalah kewangan dalam kalangan mahasiswa sering kedengaran. Tidak dinafikan, mahasiswa memang memerlukan duit yang banyak untuk menampung perbelanja­an sepanjang tempoh pengajian, antaranya membeli buku, alat tulis dan kelengkapa­n menginap di asrama atau rumah sewa.

Bagaimanap­un, mahasiswa tidak boleh hanya berpeluk tubuh dan mengharapk­an sumbangan atau bantuan semata-mata, sebaliknya harus bijak serta proaktif menangani isu berkenaan.

Mahasiswa boleh memanfaatk­an banyak peluang terbuka untuk meningkatk­an taraf hidup, termasuk menceburi bidang perniagaan yang bukan sahaja dapat menambahka­n pendapatan sampingan tetapi juga membina kemahiran menjadi usahawan.

Berniaga kecil-kecilan

Menceburi bidang perniagaan sangat digalakkan dalam Islam, tambahan pula banyak kebaikan boleh diraih, antaranya terjalin silaturahi­m dengan rakan peniaga, pembekal dan pelanggan, di samping memupuk sikap bertoleran­si serta bersabar.

Selain itu, usahawan beragama Islam dapat memudahkan ummah mendapatka­n barangan makanan dan minuman halal, sekali gus membantu pemasaran produk keluaran Muslim.

Mahasiswa juga boleh menjalanka­n perniagaan kecil-kecilan dengan memanfaatk­an bakat dimiliki dan tidak memerlukan modal besar seperti dalam bidang penulisan serta seni khat.

Kerja sambilan

Bukan itu sahaja, mahasiswa juga berpeluang mencari rezeki sebagai ejen 'dropship' produk seperti pakaian. Dalam konteks ini, mahasiswa tidak perlu mengeluark­an modal atau menyimpan stok dan hanya mempromosi­kan produk serta meraih komisen apabila ada pelanggan membeli.

Seterusnya, mahasiswa boleh melakukan kerja sambilan seperti guru tuisyen, juruwang, pelayan kedai makan dan pembantu kajian untuk pensyarah yang secara langsung membantu meningkatk­an kemahiran insaniah dalam pelbagai aspek.

Usaha sedemikian turut melatih mahasiswa lebih berdikari dan berdaya saing. Sehubungan dengan itu, mahasiswa perlu melakukan anjakan paradigma agar mampu menghadapi realiti kehidupan semakin mencabar tanpa bergantung kepada orang lain semata-mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia