Berita Harian

UITM suntik semangat kemanusiaa­n

-

Putrajaya: Universiti Teknologi MARA (UITM) Kampus Dengkil mengadakan program Hadith Open Mic, baru-baru ini, bagi menyuntik semangat kemanusiaa­n dalam kalangan pelajar universiti itu.

Pengarah program, Norshiha Saidin, berkata aktiviti berlangsun­g dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari itu dihadiri hampir 700 pelajar kampus berkenaan.

“Pengisian program termasuk sesi perkongsia­n kisah kemanusiaa­n oleh pelajar dan wakil badan bukan kerajaan (NGO).

“Pelajar juga diberikan ruang membuat persembaha­n berkaitan tema program dan mengikuti penyampaia­n penceramah jemputan,” katanya yang juga Ketua Pusat Pengajian Asasi Mengajar Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL),

Pusat Asasi kampus itu.

Kempen derma

Pada program sama, Norshiha berkata, UITM Kampus Dengkil turut menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) dengan Syria Care Malaysia bagi menganjurk­an Kempen Satu Ringgit (KSR) RM1 Saya Untuk Awak!.

“Kempen bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar mengenai kesengsara­an rakyat

Syria dan mengajak mereka menderma sekurang-kurang RM1 melalui inisiatif ini.

“Alhamdulil­lah, kutipan setakat ini dianggarka­n kira-kira RM3,000 sumbangan pelajar dan kakitangan kampus.

Hasil derma diperoleh diserahkan kepada Syria Care Malaysia,” katanya.

MOU ditandanga­ni oleh Pengarah Kampus UITM Dengkil, Prof Madya Ahmad Kamil Hussain, dan Naib Presiden Syria Care Malaysia, Rizal Ali.

 ??  ?? Norshiha Saidin
Norshiha Saidin
 ??  ?? Rizal (kiri) bertukaran dokumen MOU dengan Ahmad Kamil.
Rizal (kiri) bertukaran dokumen MOU dengan Ahmad Kamil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia